Wahed Invest: Buka Akaun Pelaburan Online dengan modal minima RM 100

Pelaburan sering dianggap sebagai permainan orang kaya-kaya, memerlukan modal ribuan atau ratusan ringgit. Jika ada pelaburan yang digembar gemburkan bermodal rendah, disertakan pula dengan pulangan yang amat tinggi (melebihi 10%) setahun, biasanya pelaburan itu sebenarnya penipuan.

Kebolehan untuk melabur secara online dengan modal yang sedikit memang amat dialu-alukan. Lebih menarik sekiranya medium pelaburan tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara.

Undang – undang melabur : Mesti boleh rugi.

Pulangan terjamin ialah satu istilah yag tidak tepat digunakan untuk mana – mana medium pelaburan. Siapa pula yang melabur untuk kerugian, semua orang berkehendakkan untung apabila mula terlibat dengan pelaburan.

Keuntungan ialah kejayaan dalam pelaburan, kejayaan ini sentiasa berkembar dengan risiko yang membawa kepada keuntungan.

Jika bersedia melabur, kita mesti bersedia untuk rugi.

Pembukaan Akaun Pelaburan Online Sepenuhnya.

Satu instrument baharu (tidaklah begitu baharu) dalam dunia pelaburan ialah robo-advisory platform. Pelaburan online itu sendiri sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru wujud di Malaysia. Kebanyak platform perbankkan online menawarkan khid pelaburan seperti akaun emas, pembelian saham di bursa saham Malaysia, dan pembukaan akaun unit amanah.

Semuanya dengan syarat dan had minima masing-masing.

Bagi robo-advisory platform, hanya tiga yang telah diluluskan untuk beroperasi di Malaysia oleh Suruhanjaya Sekuriti, iaitu.

StashAway, myTheo, dan Whed Invest. Ketiga-tiga perkhidmatan ini menyediakan pembukaan akaun pelaburan secara online sepenuhnya tanpa memerlukan bakal pelabur hadir ke mana-mana, cawangan.

Kelulusan Bank Negara ini bukan menjamin pelaburan ini akan mendatangkan pulangan. Syarikat ini tetap boleh mencatat kerugian, boleh gulung tikar dan sebagainya. Bank Negara hanya memberikan kelulusan kerana Syartikat ini ditadbir dan beroperasi menepati syarat dan kehendak institusi induk kewangan Malaysia ini.

Apa yang perlu ada semasa membuka akaun Wahed Invest online ini?

Pendaftaran Wahed Invest secara atas talian memerlukan kita memuat turun apps melalui telefon bimbit. Apss ini wujud untuk kedua-dua peranti iOS dan peranti andriod. Langkah pertama ialah memuat turun apps tersebut.

Bagi langkah kedua kita perlu menyediakan dokumen pengesahan identiti seperti lesen memandu, myKad, atau Passport. Kita juga diperlukan untuk menyediakan dokumen yang mengesahkan alamat seperti bil utiliti (bil elektrik, air atau telefon) atau penyata bank yang jelas menunjukkan alamat kediaman kita.

Kedua-dua dokumen ini hendaklah diambil terlebih dahulu gambarnya dan disimpan di dalam telefon kita. Ini untuk memudahkan proses pendaftaran. Sekiranya tiada, kita boleh juga mengambil gambar dokumen tersebut semasa pendaftaran, tetapi memakan masa yang sedikit lama.

Langkah ketiga ialah dengan mengakses aplikasi yang telah dimuat turun tadi dan memulakan proses pendaftaran. Proses ini memerlukan satu alamat email yang aktif, nama penuh mengiktu dokumen pengenalan diri dan memuat naik dokumen pengesahan identiti dan pengesahan alamat.

Janngan guna telefon yang mempunyai kamera atau microphone yang rosak.

Dalam proses pendaftaran ini, kita akan diminta membenarkan aplikasi Wahed Invest mengakses kamera dan microphone telefon pintar yang digunakan. Pendaftaran ini memerlukan kita merokod wajah dan suara sebagai sebahagian daripada proses pengesahan identiti.

Pastikan pencahayaan cukup agar wajah dapat dilihat dengan jelas dan tidak terlampau berbeza dengan gambar dalam dokumen pengenalan diri kita. Oleh itu elakkan menggunakan myKad atau Lesen memandu yang tidak dikemas kini.

Semasa pendaftaran dilakukan juga, elakkan berada di tempat yang bising. Seelok – eloknya lakukan proses pendaftraan di tempat yang tertutup dan senyap bagi memudahkan suara direkodkan. Aplikasi akan memaparkan beberapa nombor dan anda dikehendaki menyebutnya dengan jelas dan kuat.

Tunggu akaun Wahed Invest disahkan sebelum memindahkan duit ke dalamnya.

Selepas pendaftaran tadi, akaun kita akan berstatus under review buat sementara waktu untuk membolehkan pihak Wahed Invest mengesahkan identiti dan alamat kita. Pengesahan sekiranya pendaftaran telah diterima dan akaun telah diaktifkan adan dipaparkan melalui notifikasi aplikasi dan email.

Pengesahn ini biasanya mengambil masa dua ke tiga hari. Ada kalanya dokumen pengesan tambahan akan diperlukan.

Setelah disahkan pendaftaran tersebut diterima, terdapat butang fund my account yang membolehkan kita memindahkan duit ke dalam akaun tersebut. Pemindahan boleh dilakukan melalui FPX, namun jumlah yang dipindahkan tidak akan kelihatan serta merta sebagaimana instant transfer.

Di dalam perincian pindahan wang FPX tersebut, wang kita akan dipindahkan kepada Pasific Trustee Bhd yang merupakan pemegang akaun amanah bagi Wahed Invest. Ini merupakan satu kriteria pelaburan yang sah. Duit yang dilaburkan hendaklah dipegang oleh satu pemegang amanah dan tidak dipegang secara terus oleh pengurus pelaburan.

Pelabur terikat kepada portfolio yang dipilih.

Semasa proses pendaftran, kita akan ditanya dengan pelbagai soalan untuk menentukan hala tuju akaun pelaburan yang kita inginkan. Antaranya, berpaa lama ingin melabur, apa tindakan apabila pelaburan jadi rugi, dan sebagainya yang menjurus kepada profiling pelabur.

azwsad1

Hint: Gunakan kod di atas untuk mendapatkan bonus sign up di Wahed Invest sebanyak USD 10.00.

Soalan ini akan menentukan sama ada akaun anda aggressive atau tidak. Akaun agresif akan melaburkan duit anda di tempat yang berisiko tinggi yang berpotensi untuk mengaut keuntungan. Risiko itu juga membolehkan anda kehilangan duit yang banyak sekiranya pasaran tidak seperti yang dijangkakan.

Akaun yang lebih conservatif tidak menjanjikan keuntungan tinggi, dan sedaya upaya cuba mempertahankan modal pelaburan anda.

Kedua-dua ini mempunyai pro dan kontranya yang harus dipertimbangkan sebelum anda membuka akaun.

Setelah akan dibuka portfolio ini tidak boleh diubah (buat masa ini).

Selamat Melabur.

1 thought on “Wahed Invest: Buka Akaun Pelaburan Online dengan modal minima RM 100

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge