Teknik ZERO BUDGET; kaedah mengawal perbelanjaan bagi pendapatan kecil.

Cukup atau tidak duit seseorang setiap bulan bergantung kepada kemahiran beliau menguruskan perbelanjaan. Menguruskan perbelanjaan dalam istilah lainnya ialah menyediakan perancangan kewangan atau bajet. Kemudian, mendisplinkan diri untuk mematuhi perancangan tersebut.

Konsep Zero Budget ialah memperuntukkan setiap ringgit yang dimiliki untuk tujuan tertentu sehingga tiada lagi wang lebihan. Wang yang dianggap sebagai lebihan inilah yang sering membuatkan kita berbelanja di luar kemampuan kerana kita beranggapan kita mempunyai lebihan.

Sekiranya setiap ringgit telah mempunyai tujuan perbelanjaannya yang tersendiri, kita tidak mampu untuk membuat perbelanjaan lain yang tidak terdapat di dalma bajet. Sekiranya perlu juga melaksanakan perbelanjaan itu, maka ada bahagian lain yang dikorbankan. Itu ialah gambaran kasar konsep Zero Budget.

Bagi perinciannya, bolehlah baca langkah seterusnya.

Kenalpasti pendapatan bersih setiap bulan.

Mengetahui berapa duit yang boleh dibelanjakan setiap bulana adalah penting bagi mengelakkan kita membelanjakan duit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain.

Bolehlah bermula dengan mengenalpasti pendapatan kasar. Kemudian, jumlah ini ditolak dengan komitmen atau bayaran bulanan yang dipotong secara automatik setiap bulan.

Pemotongan automatik adalah kaedah paling selamat dalam membayar ansuran bulanan kerana kita tidak mampu ‘menyentuh’ duit itu, sebaliknya terus disalurkan kepada bayaran yang sepatutnya.

Antara komitmen bulanan yang dipotong secara automatik ialah:

  1. Potongan pinjaman perumahan / peribadi / koperasi.
  2. Potongan pinjamanan PTPTN.
  3. Potongan tunggakan cukai LHDN.

Setelah jumlah ini ditolak, harus diingatkan jumlah ini masih belum boleh dipanggil pendapatan bersih. Pendapatan bersih perlu juga ditolak komitmen tetap bulanan yang tidak dipotong daripada gaji secara automatik.

Contohnya:

  1. Bayaran bulanna kereta.
  2. Bayaran sewa rumah / bilik.
  3. Bayaran kutu / yuran taman / khairat kematian.

Komitmen tetap vs komitmen berubah – ubah.

Ada bayaran yang setiap bulan tetap dan jelas. Kebanyakannya ialah bayaran pinjaman balik pinjamaan, sewaan dan sebagainya. Ada juga komitmen yang berubah-ubah dari segi jumlah bulanan yang perlu dibayar.

Contohnya bil utiliti, keperluan minyak, dan kos servis kenderaan.

Bil sebegini boleh dicari puratanya dengan mengambil kira perbelanjaan bulanan yang lepas-lepas. Sekiranya kita sukar merangka bajet, terleih dahulu cuba rekodkan perbelanjaan bagi sebulan atau dua bulan sebelum membuat bajet. Rekod ini akan menggambarkan berapa yang dihabiskan setiap bulan untuk sesuatu tujuan. Jadikan jumlah ini sebagai panduan membuat bajet peribadi.

Sekiranya tidak mahu menganggap perbelanjaan ini sebagai komitmen, tidaklah menjadi kesalahan. Malah keperluan ini bleh sahaja dianggap sebagai perbelanjaan tidak tetap dan dimasukkan dibayar seolah-olah perbelanjaan harian biasa.

Sukar mengetahui pendapatan bulanan kerana pendapatan tidak tetap / tiada slip gaji.

Menyediakan pecahan perbelanjaan dan merancang bajet ebih mudah kepada mereka yang mempunyai pendapatan tetap atau ada slip gaji. Namun, ianya langsung tidak mustahil bagi mereka yang tidak mempunyai pendatan tetap atau bekerja sendiri.

Sekiranya keluar masuk duit direkodkan secara konsisten pendapatan kasar bulanan boleh diketaui dengan mudah.

Apa nak buat dengan pendapatan bersih?

Setelah memperoleh jumlah pendapatan bersih, kita bahagikan jumlah tersebut dengan 31. Kenapa 31? Kerana 31 hari ialah maksimum hari yang boleh ada dalam satu bulan. Jadikan sahaja bilangan maksimum ini sebagai sandaran kita. Bahagikan jumlah pendapatan bersih dengan 31 untuk mengetahui berapa ringgit sehari yang boleh kita belanjakan.

Katakanlah setelah ditolak komitmen, haji bersih kita ialah RM 310, maka, kuasa berbelanja harian kita ialah RM 10 sehari.

Ataupun, kuasa membeli harian.

Apa maksud kuasa berbelanja harian?

Maksudnya mudah, setiap hari itulah had berbelanja maksima kita. Dalam contoh ini, RM 10. Nak makan? pastikan di bawah RM 10. Nak isi minyak? Kurang daripada RM 10.

Bagaimana pula kalau nak beli Top Up Rm 30? Berlaparlah tiga hari.

Okay, itu contoh yang ekstrem. Sebenarnya dengan mengetahui had ini, kita tidak perlu mengikut perut tidak tentu fasal. Malah sebaliknya kemungkinan kita untuk survive selama 31 hari menjadi lebih tinggi.

Susahnya hanya pada hari pertama kita melaksanakan teknik zero budget ini sahaja. Contohnya pada hari pertama kita gunakan RM 7 daripada kuasa membeli harian, pada keesokan harinya kuasa kita akan meningkat kepada RM 13, RM 10 ditambah dengan RM 3 pada hari sebelumnya.

Untuk meningkatkan kuasa membeli harian, kita perlu berjimat pada hari-hari sebelumnya. Setiap baki yang berjaya dijimatkan akan meningkatkan kuasa perbelanjaan harian kita.

Bagaimana jika hendak membeli sesuatu yang melebihi kuasa beli harian kita?

Pada hari pertama kita melaksanakan teknik zero budget, kita mungkin perasan, minyak kereta hanya kana bertahan selama lima hari sahaja. Pada hari keenam, kita perlu mengisi minyak.

Dengan sasaran ini di dalam kepala, kita berjimat sebanyak RM 5 sehari. Pada hari ke enam, kita telah mempunyai RM 30 untuk mengisi minyak.

Bagaimana pula kalau minyak perlu diisi pada hari pertama? Sedangkan pada masa itu kuasa berbelanja kita hanyalah RM 10?

Boleh kita isi sahaja berapa jumlah yang perlu, contohnya RM30, kemudian untuk lima hari berikutnya, kita terpaksalah menurunkan kuasa berbelanja harian kita kepada RM 5. Setelah jumlah itu sama, barulah kuasa kita kembali kepada RM10.

Teknik zero budget dalam mengawal perbelanjaan harian mereka yang bergaji kecil.
Kewangan Terancang, Hidup Senang.

Pembelian terancang.

Analogi di atas sebenarnya ialah untuk menyampaikan dua isi penting:

  1. Berbelanjalah di bawah kemampuan, bukan mengikut kemampuan.
  2. Setiap pembelian perlu dirancang.

Kita sering dengar istilah berbelanja ikut kemampuan, jangan diluar kemampuan. Aku lebih suka dengan mazhab berbelanja di bawah kemampuan.

Alasannya mudah.

Kalau kita teliti contoh di atas, kita mampu berbelanja RM 10 setiap hari. Tapi jika kita berbelanja sebanyak itu sehari, ada dua perkara akan berlaku. Pertama, kuasa membeli kita akan kekal RM10 sehari, kedua, apabila berlaku keperluan diluar kuasa membeli kita, kuasa itu akan terpaksa turun, kerana kita akan ‘meminjam’ dari diri kita di masa hadapan.

Jika kita berbelanja dan mempunyai baki setiap hari, secara perlahan kita akan mempunyai kuasa berbelanja yang lebih besar.

Penting juga bagi kita mengetahu perbelanjaan besar yang perlu dilakukan lebih awal daripada bila ianya perlua dilakukan.

Ada cukai jalan perlu diperbaharui? Ianya cuma setahun sekali, tetapkan berapa ringgit setiap hari / minggu perlu disimpan supaya apabila tiba masanya ianya boleh dibayar.

Begitu juga perbelanjaan yang lain. Keywordnya ialah perbelanjaan terancang.

Jika konsep ini ingin dimudahkan tanamkan sahaja pemikiran ini:

Berbelanja di bawah had maksima belanja harian, bakinya sentiasa bawa kehadapan.

teknik Zero Budget.

Prinsip yang membantu teknik ZERO BUDGET.

  1. Tentukan had maksima pebelanjaan harian, patuhinya.
  2. Jika timbul keperluan mendesak, potong daripada had maksima perbelanjaan akan datang.
  3. Pastikan duit yang ada di dalam wallet hanyalah duit yang boleh dibelanjakan pada hari itu sahaja (had harian + baki hari-hari sebelum itu.)
  4. Keluarkan duit untuk perbelanjaan daripada bank setiap 10 hari.
  5. Jimatkan duit setiap hari untuk menikmatai penjimatan bulanan yang besar.
  6. Ambil 4% daripada duit yang berjaya dijimatkan sebagai self reward sebagai motivasi berjimat.
  7. Elakkan pembelian diluar rancangan atau pembelian impulsive.
  8. Cari sebab yang kuat untuk mengawal perbelanjaan dan berjimat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge