Syiling Perak 999 AG Thank You Frontliner.

Desas desus munculnya virus maut sampai ketelinga. Namun pada ketika itu, berita ini tidak dipandang begitu berat, kerana belum ada bukti saintifik yang menyokongnya.

Tiba-tiba dunia dikejutkan oleh gelombang wabak Covid-19. Semua negara terkena tempiasnya dalam skala yang berbeza, termasuklah Malaysia. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia pantas menggalas peranan sebagai benteng utama pertahanan negara.

Maka istilah frontliners mula meniti bibir, dada akhbar, dan kaca televisyen. Mereka pejuang yang sedia berkorban, dinobat sebagai wira negara.

Pengorbanan frontliner

Setiap generasi ada pengorbanan sendiri yang memberi sumbangan besar kepada negara. Generasi sebelum merdeka yang berjuang menentang penjajah, generasi selepas merdeka yang berjuang membangunkan negara, dan kini generasi yang memastikan itu semua kekal, tidak lenyap dilanda gelombang virus Covid 19.

Kesemua generasi mempunyai pegorbanan tersendiri terhadap negara.

Rata-rata petugas barisan hadapan di Malaysia ialah individu yang beruniform. Apa istimewanya pakaian seragam pelbagai warna ini. Cubalah tanyakan kepada mereka yang tugasnya menyarung seragam. Hanya mereka yang mengerti.

Satu jawapan yang aku perolehi daripada salah seorang mereka;

“Uniform ini sebagai penanda kehidupan bertukar. Sebaik sahaja menyarung uniform, maka tinggallah segalanya tentang keluarga dan kehidupan peribadi. Semasa melucutkankan uniform maka tinggallah segala apa yang pernah dilihat semasa dalam uniform. Kengerian, kepayahan, keganasan, segalanya dulucutkan bersama uniform.”

Syiling Kenangan atau Dirham? Kenangan kepada frontliner.

Syiling perak ini datang dalam bungkusan plastik kedap yang saiznya seiras saiz kad pengenalan, kad bank dan kad Touch n Go. Jika diukur, saiznya ialah 85mm x 54mm. Berbeza dengan kebanyakan dirham, syiling ini didatangkan bersama sampul raya, angpao, atau money packet berukuran 155mm x 80 mm.

Dirham Frontliner 2020

Rekaan Muka Hadapan Sampul Duit Syiling Frontliner.

Sampul ini didominasi warna putih, mungkin sinonim dengan warna utama kementerian kesihatan, warna seragam jururawat dan doktor dan warna paling kerap dijumpai di hospital kerajaan; warna putih.

Bahagian atas sampul dihiasi Jalur Gemilang yang berkibar, lambang perjuangan dan kesatuan negara memerangi Covid 19. Ilustrasi utama yang menghiasi muka depan sampul ini ialah wajah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang sedang memakai topeng muka.

Tan Sri Dr Noor Hisyam telah menjadi tumpuan umum kerana menjadi muka dan suara kementerian kesihatan dalam perjuangan membendung penularan wabak Covid 19. Beliau boleh dilihat muncul hampir setiap hari dalam sidang media untuk membentangkan data, statistik dan berita terkini berkaitan COvid 19 di Malaysia.

Bahagian bawah muka hadapan sampul pula dipaparkan ilustrasi bintang pecah 14 dikelilingi frontliner utama. Dihadapan bulan dan bintang itu berdiri seorang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan, yang menjadi kementerian utama memerangi wabak ini.

Watak itu memakai Personal protection equipments (PPE) lengkap beserta tudung kepala dan sarung tangan. Di sebelah kirinya, seorang lagi petugas kesihatan memakai PPE lengkap beserta apron dan pelindung muka.

Seterusnya seorang tentera beruniform lengkap dan bersenjata. Anggota tentera memainkan peranan yang penting dalam membantu Pasukan Polis di sekatan jalan raya dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Apabila diumumkan sesuatu kawasan sebagai kawasan PKPD tepampang di akhbar gambar anggota tentera sedang memasang kawat berduri. Selain itu juga, kemampuan logistik angkatan tentera juga amat berguna dalam mewujudkan hospital medan, misi menghantar bantuan makanan dan menerbangkan sampel ujian saringan Covid 19.

Kemudian diikuti oleh watak polis beruniform lengkap dengan baju kalis peluru dan memegang senjata. Pihak polis berperanan penting dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, mengadakan sekatan jalan raya, membantu melakukan pemeriksaan ke premis bagi tujuan pematuhan SOP.

Akhir sekali, watak anggota bomba yang lengkap dengan uniforpemadam api beserta kapak. Jabtaan Bomba banyak membantu dalam proses sanitasi tempat awam dan logistik dalam menghantar bantuan.

Di bawah sekali dicetak perkataan “Thank You Frontliner”

Rekaan Muka Belakang Sampul Duit Syiling Frontliner.

Rekaan muka belakang sampul syiling ini amat ringkas dengan tag line “Kita Jaga Kita” ; Dr Noor Hisham Abdullah General Director of Health.

Dirham Fronliner

Rekaan Kad Duit Syiling Frontliner.

Muka hadapan kad yang melindungi dirham frontliner ini mempunyai rekaan yang sama dengan muka hadapan sampul.

Muka belakang kad pula berlatarbelakangkan warna kelabu dan ilustrasi bentuk virus Corona. Pada bahagian atas kad tertera tulisan kecil spesifikasi syiling, iaitu;

“finess 999 Ag, weight 2.975 g, diameter 25 mm”

spesifikasi dirham front liner.

Tertulis juga perkataan Kita Jaga Kita di belakang kad ini.

Di bahagian bawah kad tertera nombor siri bagi syiling ini dan perkataan 300 mintage only. Namun tidak tertera syarikat yang menghasilkan syiling ini.

Rekaan Dirham Duit Syiling Frontliner.

Muka hadapan dirham ini terpapar potret Tan Sri Dato’ Sri Noor Hisham Abdullah yang sedang memakai topeng separuh muka. Potret beliau dikelilingi bulatan jalur gemilang. Di atas bulatan ini tertera perkataan “MALAYSIA” dan dibawahnya tertera perkataan “Dr Noor Hisham General Director of Health”.

Muka belakang syiling perak frontliner dikelilingi bulatan dengan perkataan Movement Control Order (MCO). Di kiri bulatan itu dicetak 2.975 g (berat syiling tersebut) dan dibelah kanannya 999.9 AG (ketulenan perak). Dibahagian bawah nya pula tercetak Pandemik Covid 19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge