Siri Bercakap Dengan Duit: Pengenalan kepada buku Think and Grow Rich.

Think and Grow Rich merupakan sebuah buku evergreen yang membincangkan falsafah kewangan peribadi yang dikatakan tulang belakang kepada beratus nama yang sudah bergelar jutawan di dalam lipatan sejarah.

Buku Think and Grow Rich diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1937. Buku ini mengambil masa lebih kurang 25 tahun untuk diterbitkan oleh Napolean Hill atas bimbingan seorang hartawan bernama Andrew Carnage. Kedua-dua mereka bermula dengan latar belakang keluarga yang daif dari segi kewangan.

Semasa aku mula mengenali buku ini, perkara pertama yang menarik minat aku ialah Think dan perkataan kedua ialah Grow. Perkataan think jika diterjemahkan secara terus akan membawa maksud berfikir. Ini membuatkan pemahaman aku dalam konteks buku ini dalam perkataan ini;

Kekayaan wang ringgit, bermula dari minda…

Otak-Kiri.com

Perkataan kedua pula ialah Grow yang boleh diterjemahkan sebagai membesar. Secara alaminya, kesemua benda yang membesar mengambil masa untuk menjadi besar. Pembesaran pula akan melibatkan perubahan bentuk dan fungsi. Daripada bentuk yang ringkas kepada bentuk yang kompleks, daripada fungsi yang mudah, kepada fungsi yang pelbagai. Apa yang aku dapat simpulkan;

Kekayaan memerlukan masa dan perubahan daripada satu titik statik kepada tingkatan yang lebih tinggi dan kompleks.

Otak-Kiri.com

Buku ini kini berada di dalam Public Domain, maknanya, buku ini boleh didapati secara percuma dalam bentuk pdf jika anda tahu dimana hendak mencarinya. Namun begitu, memiliki buku fizikal Think and Grow Rich oleh Napolean Hill lebih disarankan, supaya ia akan menjadi buku rujukan yang kekal bersama kita dalam apa jua situasi.

Soalan pertama yang diajukan.

“What do you want most?” itulah soalah pertama yang ditanya pada permulaan buku ini. Soalan itu diteruskan “Is it money, fame, power, contentment, personality, peace of mind, happiness?”

Secara mudahnyanya, penulis, iaitu Napolean Hill bertanya kepada pembaca, “Apa yang kamu amat inginkan?” Soalan ini amat penting sebenarnya. Tanpa mengetahui tujuan soalan ini ditanya, keseluruhan buku ini tidak bermakna buat yang membacanya.

Menurut penulis buku Think and Grow Rich, hanya satu sebab sahaja kebanyakan orang gagal menjadi orang yang berjaya. Sebabbya ialah, mereka gagal mendifinasikan dengan jelas apakah keinginan mereka.

Semua orang inginkan sesuatu, kebanyakannya inginkan menjadi kaya. Namun tidak semua tahu dengan jelasnya kekayaan yang bagaimana mereka inginkan. Menurut Napolean Hill sesuatu sasaran hanya dapat dicapai sekiranya ianya jelas dan khusus.

Dalam contoh kekayaan, orang yang bercita-cita untuk kaya itu perlu jelas di dalam mindanya, berapakah duit yang dimahukan, dalam bentuk apa duit itu dan bilakah duit itu akan berjaya didapati. Mereka juga mempunyai rangka tindakan ke arah mencapai jumlah yang ditetapkan itu dalam masa yang ditetapkan.

Think and Grow Rich sebagai buku teks kewangan.

Selepas 25 tahun diusahakan, buku ini diterbitkan. Namun buku ini diterbitkan bukan sebagai buku yang boleh dibaca sekali lalu. Malah, ada yang berkata, ramai yang tidak faham atau tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh buku ini pada bacaan pertama.

Buku ini dicipta untuk dibaca secara perlahan dan berperingkat. Tidak disyorkan untuk dibaca secara berterusan dalam satu masa. Malah, penulis buku ini mengesyorkan, had maksimanya, iaitu satu bab dalam satu malam. Taupun pada kadar yang lebih perlahan, iaitu satu bab seminggu.

Apa yang dibaca perlu mengambil masa untuk dihadamkan, difikirkan kembali dan diserapkan dalam minda agar ia menjadi prinsip yang kukuh dalam menguruskan kewangan peribadi. Malah, sesetengah orang yang berjaya dari segi kewangan menyatakan mereka akan kembali membaca buku ini sekiranya mereka menamui kegagalan atau jalan buntu.

Kandungan buku ini sesuai dijadikan subjek meditasi, pekara yang direfleksikan diri. Cuba cari kaitan antara apa yang ditulis dan pengalaman sendiri yang pernah dilalui untuk mendalami prinsip yang cuba disampaikan.

Semasa membaca buku ini, pembaca hendaklah menganggap dirinya sebagai pelajar yang sedang menelaah satu teks rujukan. Kerana itu aku mengesyorkan buku fizikal Think and Grow Rich dibeli. Buku itu boleh diconteng, digaris, dihighlight mengikut kefahaman dan dan kepentingan masing-masing.

Dua orang yang memiliki buku yang sama boleh memiliki isi kandungan yang berbeza setelah dibaca beberapa kali hasil dari nota – nota kaki yang dicatit dan ayat -ayat yang digariskan.

Melainkan, anda mempunyai ipad pro dan apple pencil, maka nota pdf Think and Grow Rich anda boleh menjadi seceria buku fizikal.

Satu saranan Napolean Hill yang aku dapati sukar untuk aku laksanakan buat masa ini ialah mewujudkan group study untuk bersama membaca buku ini. Seminggu sekali kumpulan ini akan bertemu dan membincangkan satu bab yang dibaca. Syaratnya, ahli kumpulan hendaklah terdiri daripada individu yang harmoni, tidak asyik hendak menang atau menganggap di sahaja yang paling pandai. Mereka yang suka berdebat bukan dari golongan ini.

Bahagian ini belum nampak macam mana hendak dilaksanakan lagi.

Napolean Hill menemuduga sekurang-kurangnya 500 orang dalam masa 25 tahun.

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman sekurang-kurangnya 500 orang yang telah berjaya. Kebanyakan mereka ini asalnya tidak mempunyai apa – apa bernilai dari segi kewangan. Tetapi mereka mempunyai tiga perkara yang sama, dan ianya bukan kebetulan. Tiga perkara itu ialah thoughts, Ideas, Organized Plan.

Para pembaca tidak semestinya mempelajari kesemua kaedah yang pernah dilakukan oleh kesemua mereka. Tetapi, dalam membaca buku ini, pembaca diharapkan bertemu satu kaedah, atau cetusan idea, yang bersesuaian dengan keadaan semasa untuk menjadi titik mula kepada jalan kekayaan masing-masing.

Rahsia Besar Kekayaan.

Menurut Napolean, ada satu rahsia yang dikongsi oleh golongan yang 1% lebih kaya daripada 99% manusia lain. Rahsia ini dimiliki oleh jutawan, tokoh politik, dan mereka yang telah berjaya mencatat nama di dalam lipatan sejarah.

Ramai yang percaya Rahsia Besar Kekayaan ini disimpan dan tidak didedahkan kepada masyarakat umum. Rahsia ini hanya disampaikan di kalangan golongan elit sahaja.

Namun, Napolean berpendapat, perkara ini berlaku kerana Rahsia Besar Kekayaan itu terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama boleh disampaikan melalui kata-kata, buku, atau seminar kekayaan. Tetapi kesemuanya sia-sia sekiranya orang yang menerimanya tiada bahagian kedua Rahsia Besar Kekayaan ini.

Oleh itu, tiada nama khas kepada rahsia ini, tidak seperti hukum graviti, faraday’s Law atau sebagainya.

Andrew Carnage menyampaikan Rahsia Besar Kekayaan ini kepada Napolean Hill dalam perbualan yang bersahaja, dalam bentuk idea sahaja. Ini kerana beliau mahu melihat reaksi Napolean untuk memastikan Napolean memiliki bahagian kedua rahsia itu.

Reaksi Napolean menunjukkan beliau faham kepada idea itu, sterusnya Cage mengesyorkan beliau untuk menyusun rahsia itu dalam bentuk buku. Pada ketika itu juga dia sudah memaklumkan bahawa masa yang diambil untuk melahirkan buku ini memerlukan sehingga 20 tahun atau lebih. Napolean bersetuju.

Senario ini menggambarkan kunci utama kepada rahsia ini, iaitu mempunyai sasaran yang jelas dalam jangka masa yang jelas.

“Aku nak jadi kaya”, bukan sasaran.

“Besar nanti aku nak berjaya”, bukan sasaran.

Contoh sasaran ialah seperti yang digambarkan dalam senario tadi. Menerbitkan sebuah buku tentang Rahsia Orang Orang Berjaya dalam masa sekurang kurangnya 20 tahun dengan mengkaji sekurang-kurangnya 500 orang yang telah berjaya.

Itu sasaran yang jelas.

Jika duit yang kita mahu, kita perlu tahu berapa jumlah yang kita mahu, berapa lama masa yang diambil untuk mencapai jumlah itu, dan apa langkah yang boleh diambil untuk mencapainya dalam masa yang ditetapkan.

Itu sasaran yang jelas. Sasaran yang menjadi matlamat utama, Sasaran yang sentiasa diuang-ulang sehingga setiap sel dalam jasad kita percaya dan yakin ianya akan tercapai.

Langkah pertama ialah mempunyai matlamat yang jelas, boleh diukur dan terperinci.

Rahsia Besar Kekayaan ini diulang tidak kurang daripada 100 kali dalam buku Think and Grow Rich ini. Namun, Rahsia ini tidak dinamakan. Ianya sekadar diulang dalam bentuk ayat, penceritaan, dan senario untuk menggambarkannya, namun tidak disebut dalam bentuk ayat.

Ini kerana hanya bahagian satu rahsia tersebut sahaja yang diulang. Hanya mereka yang mempunyai bahagian kedua sahaja yang akan berjaya mentafsirkan rahsia tersebut. Rahsia itu tidak disrorokkan, namun hanya difahami apabila orang yang membacanya sudah bersedia. Mungkin bukan pada bacaan pertama, namun dengan pengulangan, rahsia itu akan semakin jelas, sehinggalah pembaca berkata;

“Inilah yang ku cri selama ini”

Tiada yang percuma di dalam dunia.

Rahsia Besar Kekayaan ini hanya boleh dimiliki setelah dibayar harganya. Bagi mereka yang tidak mencarinya, rahsia ini tidak boleh dimiliki walau apapun harga yang dibayarnya. Rahsia Besar ini tidak boleh dijual beli, hanya mereka yang memiliki sebahagian rahsia ini sahaja yang boleh mendapatkan satu lagi bahagian. Bagi mereka yang tiada bahagian ini, bahagian satu lagi tidak membawa makna apa-apa.

Sekiranya saat Rahsia Besar Kekayaan ini muncul, sama ada ketika sedang membaca buku ini atau sedang berfikir tentang apa yang dibaca, pembaca akan mendapat inspirasi, dan tahu apa yang hendak dibuat dan bagaimana hendak membuatnya.

Sebagai renungan akhir, hayati perenggan di bawah dan cuba padankan dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup anda.

Setiap perkara berlaku sekurang-kurangnya dua kali, pertama kali di fikiran, kali kedua di dunia nyata.

Otak-Kiri.com

2 thoughts on “Siri Bercakap Dengan Duit: Pengenalan kepada buku Think and Grow Rich.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge