Siri Bercakap Dengan Duit: Desire, Langkah Pertama Ke Arah Kekayaan.

Setiap pencapaian, kejadian, dan peristiwa ada permulaannya. Begitu juga dalam mencapai status bebas dari segi kewangan (financial freedom). Dalam buku Think and Grow Rich, titik mula bagi menjadi kaya dikatakan sebagai desire. Aku tidak dapat memastikan apakah terjemahan paling sesuai bagi perkataan desire. Dalam perbincangan ini aku akan gunakan keinginan yang kuat bagi takrifan perkataan desire.

Untuk menjadi kaya, seseorang itu perlu terlebih dahulu mempunyai keinginan yang kuat, kemahuan yang tidak berbelah bahagi dan tekad yang padu. Mudah kalau ditulis dan disebut, tapi semua itu sebenarnya hanya kembali merujuk kepada satu perkara. Perasaaan. Perasaan yang kuat terhadap sesuatu yang membolehkan kita mencapai sesuatu itu.

Berjaya atau tidak dicapai, berbantung kepada berapa kuat kita mahukannya.

Keinginan mungkin bermula dengan sebuah mimpi.

Action speaks louder than words. Itulah antara ayat yang sering diulang oleh guru Bahasa Inggeris aku satu masa dahulu. Banyak lagi ayat serupa yang biasa di jadikan slanga dalam perbualan harian kita bagi menggambarkan perbuatan itu lebih bernilai daripada ucapan liasan yang boleh dimaniskan oleh bibir dan lidah.

Buku ini mengesyorkan sesuatu yang berbeza. Ada sesuatu yang lebih besar daripada lisan dan perbuatan, iaitu fikiran. Apa yang ada di dalam minda kita lebih besar pengaruhnya kepada kehidupan seharian kita berbanding perbuatan harian kita ataupun pertuturan yang selalu kita ucapkan.

Aku bersetuju.

Orang yang lembut lidah menabur janji, biasanya tidak boleh diambil kira butir bicaranya kalau apa yang diucap tidak pernah dizahirkan. Kemudian, orang yang terbukti boleh melakukan kerja, membuatnya tidak dengan sepenuh hati tidak akan mendatangkan hasil yang dihajati.

Berbeza pulan dengan orang yang keinginannya sudah terpahat di dalam hati. Tuturnya akan mengulang keinginan itu, dan tingkah laku perbuatannya juga akan menjurus selari dengan fikiran itu. Jadi, untuk menjadi kaya, seorang perlu mempunyai keinginan untuk kaya itu di dalam fikirannya terlebih dahulu.

Keinginan ini tidaklah datang serta merta. Apabila idea ini aku bentangkan di meja mamak, tingkah yang aku biasa terima ialah;

“Mana ada orang yang tak mau kaya?”

Aku tidak setuju. Ramai orang yang tidak mahu kaya. Ramai manusia yang tidak ingin kaya. Sebilangan kecil sahaja yang betul-betul mempunyai desire untuk kaya. Jika dari segi angan-angan dan mimpi, betul semua orang berangan-angan dan bermimpi ingin kaya.

Tapi, hanya sebahagian kecil yang mempunyai desire untuk kaya.

Mengasuh keinginan untuk kaya.

Keinginan untuk kaya ini tidak lahir dalam masa satu hari. Ada yang mengambil masa berdekad, ada yang perlu pula dicetuskan oleh tragedi kepahitan hidup. Jika kita sering membaca biografi orang yang berjaya, atau mengikuti temuramah mereka, boleh dikatakan 90% daripada mereka mempunyai kisah ‘susah’ yang telah mendorong mereka mengubah nasib hidup mereka.

Jadi, tidak salah untuk bermimpi dan berangan – angan menjadi kaya. Perkara yang menjadi salah ialah kekal dalam mimpi dan angan – angan itu. Mimpi atau angan perlu diubah menjadi cita-cita. Cita-cita perlu diubah kepada tekad (burning desire). Apabila desire ini ada, only with this burning desire, we can grow rich.

Keinginan ini boleh diasuh dengan enam langkah ini:

Pertama : Tetapkan didalam minda berapakan jumlah tepat duit yang kita mahukan.

Dalam langkah yang ‘mudah’ ini ramai yang gagal dan sukar melaksanakannya. Mendefinasikan kekayaan itu penting kerana sasaran yang jelas definasinya akan menjadi kenyataan. Matlamat yang tidak jelas hanya menunjukkan keinginan itu bukanlah keinginan, sebaliknya hanya mimpi dan angan angan.

Sebagai contoh, katakanlah aku tetapkan aku ingin memiliki RM 40,000. Mungkin sudah ramai yang tebahak – bahak dan berkata, RM 40,000 bukan kekayaan. Ada dua perkara yang penting disini; pertama ialah jumlah yang tepat dan kedua jumlah yang tetap. Aku andaikan contoh ini kerana kekayaan tidak mempunyai had.

Oleh itu kita perlu menetapkan had tersebut dan tetap kepada had itu sehingga ia tercapai. Sebab, proses ini ialah proses yang boleh diulang sekerap yang perlu. Jika perlukan RM 100, buat enam langkah ini. Apabila RM100 itu telah diperoleh, buat semula dengan sasaran baharu, mungkin RM 1,000.00.

Setiap kali berjaya, keyakinan terhadap enam langkah ini akan meningkat. Semakin kerap kita menggunakan enam langkah ini, semakin cekap kita melakukannya, dan semakin mudah kita mencapai matlamat yang lebih besar.

Benar, ada cara ‘tarik duit’ yang tidak melibatkan ritual khurafat.

Kedua: Tetapkan dengan terperinci, apakah yang sanggup dikorbankan demi mencapai jumlah RM yang telah ditentukan dan ditetapkan tadi.

Seperti yang dibincangkan dalam siri sebelum ini, tiada yang percuma didalam dunia ini. Jika mahukan sesuatu, kita perlu berikan sesuatu. Aku lebih suka menggunakan istilah berikan sesuatu berbanding korbankan sesuatu. Korbankan membawa maksud negatif dalam pemahaman aku. Memberi pula memberi maksud positif.

Jadi, jika mahukan sesuatu, kita perlu berikan sesuatu. Dalam contoh ini, apa yang sanggup kita buat untuk mendapatkan RM 40,000.00. Berikan masa yang lebih untuk buat blog? Berikan kos pengiklanan yang lebih untuk promosi produk? Tanya kepada diri sendiri apa yang kita sanggup berikan dan apa yang kita tidak sanggup berikan.

Jangan berikan segalanya, itu hanya untuk Tuhan, kita tidak mahu menjadikan duit itu Tuhan.

Ketiga: tetapkan tempoh masa.

Ramai orang yang ingin kaya tapi tak kaya-kaya sebab tak pernah decide bila dia mahu jadi kaya. Time frame ataupun tempoh masa ini penting. Kewujudan tempoh masa inilah yang membezakan antara mimpi dan impian.

Boleh jadi pendek, boleh jadi panjang. Contohnya nak kumpul duit sebanyak RM40,000 (ingat, jumlah kena jelas) dalam masa satu tahun. Tempoh masa yang jelas, dalam contoh ini, jangkamasa pendek. Contoh jangka masa panjang boleh jadi begini; Ada simpanan tetap RM2 juta apabila mencecah umur 50 tahun dan bersara.

Keempat: Cari satu rancangan atau jalan untuk merealasasikan sasaran tersebut.

Kata orang, kalau dah tahu macam mana nak kaya, kayalah semua orang. Tidak semestinya. Perancangan itu penting, dan lebih penting lagi ianya dilaksanakan secepat mungkin.

Apa yang tidak pentingnya ialah perasaaan takut boleh ke tak boleh.

Kalau hendak kaya dengan menulis buku, tulislah sekarang, mulakan bab pertama. Setkan jumlah dalam RM berapa ingin naskah tersebut dijual. Bila buku itu akan diterbitkan dan bila jumlah itu akan dicapai.

Jangan takut nak tulis tentang apa, nak tulis bagaimana, seoronok ke tidak, itu semua akan terbuka dengan sendirinya apabila kita percaya kita boleh melakukannya dan mengulangi pernyataan tersebut setiap kali bangun dan sebelum tidur untuk menguatkan desire dan meningkatkan keyakinan yang apa yang kita hajati itu akan kita miliki.

Kelima: Menulis kenyataan kejayaan.

Dengan ayat yang paling mudah dan paling rapat dengan dengan diri kita, tidak perlu betul tata bahasanya, tidak perlu banyak bunga kiasanya. Tulis satu perenggan yang jelas menyatakan apa yang kita mahu, bila kita mahukannya dan apa yang sanggup kita lakukakan untuk mendapatkannya dan bagaimana perancangan kita untuk mencapainya.

Keenam: Membaca kenyataan kejayaan.

Simpan azam ini, baca walaupun dah hafal, bawa keluar kertas tu dan baca sebelum tidur dan sesudah bangun dengan suara yang zahir. Sambil membacanya, rasa dan percaya, jumlah yang diingini itu telah menjadi milik kita.

KLIK SEGERA

Kenapa menulis impian itu penting?

Brucee ee menulis surat kepada dirinya sendiri, menajdikannya satu pegangan dan peringatan peribadi untuk beliau mencapai apa yang telah dicapainya.

Begitu juga dengan banyak tokoh lain, sama ada di bidang kewangan, politik atau hiburan. Surat untuk diri sendiri ini sebenarnya ialah satu landmark kepada diri, ketika rasa nak give up, untuk dibaca kembali.

Untuk diulang- ulang bagi meningkatkan keyakinan diri sendiri dan tidak lupa kepada sasaran asal kita tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge