RM 240,000 untuk pemenang kempen Stay Safe & Win SSPN-i daripada PTPTN.

39 orang pendeposit akan dinobatkan sebagai pemenang kempen Stay Safe & Win SSPN-i yang dilancarkan oleh PTPTN bagi menghargai pendeposit yang setia menyimpan dan menyokong usaha PTPTN mengalakkan simpanan tabung pendidikan.

Deposit RM 200 dan kekalkan dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021

Bagi menyertai cabutan bertuah PTPTN ini, pelanggan perlu membuka akaun baharu atau menambah simpanan bagi akaun sedia ada sebanyak RM 200. Pembukaan akaun atau tambahan simpanan yang dilakukan di dalam tempoh promosi ini layak secara automatik untuk menyertai cabutan ini.

Tempoh promosi bermula daripada 1 jun 2021 sehingga 30 September 2021. Selepas tamat tempoh promosi, pelanggan yang berjaya mengekalkan deposit berkenaan bagi tempoh tiga bulan bermula 01 Oktober 2021 sehingga hujung tahun iaitu 31 Disember 2021. Pelanggan yang memenuhi kedua-dua syarat ini berpeluang menjadi antara 39 orang bertuah yang bakal memenangi pelbagai hadiah dengan yang bernilai hampir RM 240,000.

Setiap RM 50 daripada deposit di dalam akuan pelanggan melayakkan 1 cabutan bagi pendeposit. Akaun simpanan hendaklah tidak ditutup sebelum tempoh kempen berakhir. Kakitangan PTPTN merangkumi pasangan dan anak tidak layak menyertai cabutan ini.

Pendeposit juga disyaratkan tidak boleh membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan yang ditetapkan. Cabutan Stay Safe & Win SSPN-i oleh PTPTN ini dibahagikan kepada tiga kategori cabutan.

Hadiah kempan Stay Safe & Win SSPN-i oleh PTPTN. Proton X50.

Cabutan Platinum kempen Stay Safe & Win.

Kategori Platinum dikhaskan kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan melebihi RM 15,000. Hadiah yang disediakan bagi Kategori Platinum cabutan Stay Safe & Win ialah seperti berikut:

  1. Hadiah tempat pertama : Kereta Proton X50 x seorang pemenang.
  2. Hadiah tempat kedua : Baucar barang kemas bernilai RM 10,000 x seorang pemenang.
  3. Hadiah tempat ketiga : Komputer riba Apple Macbook Air x seorang pemenang.
  4. Hadiah saguhati : Tunai SSPN-i bernilai RM 800 x 10 orang pemenang*.

Kategori Gold dikhaskan kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan melebihi RM 8,000 tetapi kurang daripada RM 15,000. Hadiah yang disediakan bagi Kategori Gold cabutan Stay Safe & Win ialah seperti berikut:

  1. Hadiah tempat pertama : Kereta Perodua myVi 1.5cc x seorang pemenang.
  2. Hadiah tempat kedua : Komputer Riba DELL intelĀ® Core i5 x seorang pemenang.
  3. Hadiah tempat ketiga : Baucar barang kemas bernilai RM5,000 x seorang pemenang.
  4. Hadiah saguhati : Tunai SSPN-i bernilai RM 500 x 10 orang pemenang*.

Kategori Silver dikhaskan kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan melebihi RM 200 tetapi kurang daripada RM 8,000. Hadiah yang disediakan bagi Kategori Silver cabutan Stay Safe & Win ialah seperti berikut:

  1. Hadiah tempat pertama : Motosikal Yamaha Y15zr x seorang pemenang.
  2. Hadiah tempat kedua : Komputer Riba DELL intelĀ® Core i3 x seorang pemenang.
  3. Hadiah tempat ketiga : Baucar barang kemas bernilai RM2,000 x seorang pemenang.
  4. Hadiah saguhati : Tunai SSPN-i bernilai RM 200 x 10 orang pemenang*.

*Tunai SSPN-i akan dikreditkan ke akaun pendeposit dalam tempoh dua bulan daripada tarikh cabutan dilaksanakan.

1 thought on “RM 240,000 untuk pemenang kempen Stay Safe & Win SSPN-i daripada PTPTN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge