Permulaan yang tidak serupa, pengakhiran yang berbeza.

Lumrah manusia suka membandingkan diri dengan manusia di sekilingnya. Anak murid dibanding-bandingkan oleh guru, anak sendiri dibeza-bezakan oleh ibu bapa.

perbuatan orang membandingkan kita, walau siapapun orang itu, tidak dapat kita ubah. KIta tidak sesekali dapat mengawal manusia lain, selain diri kita sendiri.

Dibangku sekolah.

Alam persekolah, baik rendah atau menengah, kita tidak lepas dari membandingkan diri dengan orang lain. Walaupun pada masa itu minda kita belum matang sepnuhnya, namun keinginan untuk memiliki apa yang dimiliki oleh orang lain tetap ada, sering datang dan tidak pernah terhenti walau sudah dipenuhi.

Ada murid berseluar pendek biru, pinggang disemat pin, menggaru-garu kudis dikaki, memandang iri rakan sekelas berseluar panjang baru dibeli.

Ada murid bertudung lusuh, merenung jauh taulan bertudung licin putih bernila.

Ada yang pelajar yang berpeluh berlari ke pintu pagar sekolah, melirik dipintas rakas mengayuh basikal merah berkilat baru dihadiahkan bapa.

Ada pelajar diuniversiti mencatu makan, berasa kejauhan melihat rakan girang menjamah makanan segera bersama-sama.

Di alam remaja.

Berbungkam rasa kecewa dijiwa menyarung busana melayu tahun lalu melangkah lesu ke masjid di pagi raya. Tidak berani dia bertanya kenapa kerana ditubuh bapanya hanya terbalut jubah yang seingatnya hanya dipakai dihari raya, hari jumaat dan kenduri kendara sejak dia lahir didunia.

Melirik bersama senyum kelat disapa sahabat yang berbaju melayu biru. Tahun lepas merah warnanya. Butang cukup lima mengemas cekak musang dileher. Songkok baldu digosok berus menghilang habuk dan debu, walaupun hakikatnya tidak perlu kerana ia songkok baharu.

Dijinjang pelamin.

Ada yang menagis di dalam hati melihat sepasang demi sepasang diijabkabulkan. Sebal hati menghadiri majlis demi majlis, mengucap tahniah, menguntum senyum, menghulur sekping sedekah atau hadiah.

Bilakah masa aku? Bilakanh giliran aku? Kenapa bukan aku?

Mungkin itu yang sering kita tanya.

Permulaan kita semuanya tidak sama. Pengakhiran kita juga pastinya akan berbeza. Berhenti berasa rendah hati, berhenti menyalah takdir Ilahi. Pada setiap manusia, terkarang kisahnya tersendiri. Tujuan kita satu, menjalani hidup sebagai hambaNya.

Cuma caranya berbeza perjalanannya berlainan. Engkau dengan langkahmu, aku dengan gerakku. Mungkin dimataku kisahmu lebih indah, mungkin dimatamu ceritaku lebih bertuah.

Yang pasti, selagi ada nafsu selagi itu apa yang kita miliki tidak akan pernah akan cukup.

Menari dengan rentak irama sendiri.

Liku hidupku mungkin bukan ranjau hidupmu. Setiap kita ada dugaan. Setiap kita ada usaha, ada kejayaan ada kegagalan. Bagimu kejayaanmu, bagiku kejayaanku.

Langit yang mendung akan kembali cerah.

2 thoughts on “Permulaan yang tidak serupa, pengakhiran yang berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge