Pelabur BSKL yang mana satu akan untung?

Gambar menunjukkan bagaimana analisa Ichimoke ke ata ssaham TopGlov

Soalan ini tidak akan ada jawapan. Biasanya, pembeli-pembeli saham ini akan dikelaskan kepada dua spesis. Trader dan Investor. Sub kelas lain aku abaikan buat masa ini.

Sebagai orang baharu, aku ingin kenali kedua-dua jenis dan belajar dua-dua pendekatan.

Trader menggunakan pendekatan teknikal untuk jual beli.

Bukan layaknya aku utuk menakrifkan siapa traders, jikalau aku letakkan takrifkan, nanti takut tersinggung perasaaan orang yang menganggap dirinya traders.

Melalui perbincangan yang aku baca, apa yang aku faham ialah traders menggunakan pendekatan teknikal kebanyakannya. Kemahiran yang perlu ada ialah pengetahuan tentang bentuk dan corak candlestick dan indicator.

Candlestick ialah bentuk yang mewakili harga saham pada sesuatu masa. Sebatang cadlestick boleh menunjukkan harga semasa awal ia dibuka, harga tertinggi dan terendah yang pernah dicecah, dan harga pada masa ia ditutup. Harga ini boleh dilihat di dalam carta yang mewakili syarikat itu. Nama untuk setiap carta itu bergantung kepada nama pendek yang didaftarkan, dikenali sebagai ticker. Ticker ini tetap dan tidak berubah.

Contohnya saham syarikat Top Glove Malaysia, tickernya ialah $TOPGLOV.

Carta ini pula boleh dipilih dalam sela masa yang berbeza. Contohnya, carta sejam, carta seminggu, atau carta sebulan. Tidak terhad kepada itu terdapat juga carta yang lebih cepat sela masanya sehingga kepada minit dan saat.

Saham TOPGLOV buat masa ini dikatakan tengah menjunam (baca: jatuh dengan laju daripada harga yang tinggi).

Saham Top Glove di carta mingguan dengan petunjuk Ichimoku dan MACD.

Jika menggunakan carta teknikal seperti di atas, idealnya dua anak panah itu menunjukkan masa untuk membeli dan menjualnyanya. Isyarat pembelian ini mungkin tercipta dengan persilangan garis tertentu di atas ‘awan’. Isyarat jualan juga begitu.

Sekiranya seseorang berjaya membeli dna menjual sepertimana yang dicadangkan oleh signal teknikal ini beberapa perkara boleh dierhatikan.

Salah satunya, beliau tidak dapat menjual pada masa saham berada di puncak. Kita hanya tahu ianya puncak selepas harga jatuh dan tidak kembali setinggi itu.

Awan hijau itu biasanya menjadi had bawah yang dikenali sebagai support. Apabila harga bergerak ke dalam kawasan itu, ianya akan memantul balik ke atas sekiranya pelabur masih merasakan perniagaan ini masih bernilai tinggi.

Namun jika dilihat pada candlestick terkini, ianya telah ‘tembus’ ke bawah awan. Dari segi teknikal, apabila tembus ke bawah, ianya akan mencari had bawah atau support yang lebih rendah. Dalam kes ini, harga sebelum pandemik covid-19, sebelum kenaikan yang memberi isyarat beli di dalam carta tersebut.

Selain itu, isyarat jual oleh petunjuk MACD keluar lebih awal, dengan persilangan yang berlaku lebih awal daripada petunjuk Ichimoku.

Begitulah yang aku faham sebagai newbie sekiranya pendekatan teknikal digunakan.

Investor menggunakan fundamental analysis untuk membeli saham.

Seorang investot biasanya mencari syarikat berkualiti yang harga di bawah harga yang sepatutnya (intrinsic vaue) dan membelinya. Mereka akan kekal memegang saham itu sehingga nilai sahamsayarikat itu melebihi nilai anggaran mereka.

Cabaran menggunakan pendekatan ini ialah menentukan nilai anggaran tersebut. Kaedah itama ialah meneliti laporan kewangan, laporan tahunan dan pelbagai lagi nilai yang dilaporkan oleh syarikat.

BSKL mewajibkan semua syarikat tersenarai untuk melaporkan kedudukan kewangan mengikut sukuan yang ditetapkan dan laporan tersebut juga akan diaudit.

Perkiraan ini melibatkan pelbagai ratio. Kebanyakan ratio ini dikirakan sendiri oleh syarikat dan dilaporkan dalam laporan kewangan syarikat untuk menarik perhatian pelabur.

Lihatlah nisbah ini menunjukkan harga saham kami RM pq.rs sedangkan harga semasa ialah RM t.uv,” contohnya.

Namun, pada aku nilai ini sebenarnya tidak tetap dan bergantung kepada apa yang boleh diterima pelabur.

Contohnya satu syarikat menyatakan mereka mempunyai aset bernilai RM 100 sepanjang tempoh yang dilaporkan, dan kita anggaplah RM 100 itu tinggi berbanding syarikat lain.

Tapi, apabila diteliti, RM 60 daripada Rm 100 itu dikategorikan sebagai barang dagangan yang belum terjual. Malah jumlah itu bertambah dari laporan sebelumnya. Jadi sesetengah pelabur enggan menerima nilai itu sebagai aset kerana beranggapan lebihan barang tersebut mungkin sebab syarikat gagal menjualnya.

Apabila anggapan ini dibuat, nisbah-nisbah tadi perlu dikira semula dan nilainya mungkin tidak lagi sama dengan nilai yang dilapurkan, seterusnya harga saham anggarannya akan berbeza bagi setiap pelabur.

Keseronokan melakukan fundamental analysis.

Buat masa ini saham yang aku pegang dan telah jual semuanya diputuskan berdasarkan technical analysis.

Tapi sebeanrnya aku lebih berminat kepada kaedah fundamental analysis. Fundamental analysis menyebabkan kita perlu mengambil tahu sebanyak mana maklumat yang boleh diperolehi tentang syarikat tersebut sebelum memutuskan untuk membelinya.

Jika kita membeli dan menjual saham berdasarkan berita, kita akan bertindak lebih kurang begini.

Contohnya, virus Covid-19 mula dikenalpasti di Wuhan. sebagai pelabur, mungkin kita akan merasakan, itu sebagai satu peluang baik untuk syarikat sarung tangan membuat untung. lalu kita beli saham mereka, dan mungkin beberapa kotak sarung tangan untuk simpanan sendiri.

Kemudian, Movement Control Order, lockdown, dan darurat dilakukan dibanyak negara. Pada masa ini mungkin kita akan berfikir, permintaan sarung tangan akan terus meningkat, jadi pegangan saham itu kita kekalkan.

Kemudian, kita dengar tentang penemuan vaksin, sekatan demi sekatan dilonggarkan maka kita pun merasanya sudah tiba masanya saham itu dijual.

Jika menggunakan pendekatan fundamental analysis, bukan sekadar berita sahaja yang perlu diambil tahu. Kita juga perlu tahu, modal yang diperlukan untuk menghasilkan sarung tangan, nilai kontrak-kontrak membekal sarung tangan yang telah diperolehi dan bermacam aspek kewangan lagi.

Yang menariknya, kita akan tahu banyak berbanding orang biasa tentang perincian perniagaan itu, berita berkaitannya dan sebagainya. Kadang kala sehingga siapakah VVIP dibelakangnya.

Kesimpulan untuk aku.

Bagi aku, aku suka kedua-duanya. Technical analysis memberi aku kepuasan melihat pergerakan harga berdasarkan teori yang telah dipelajari. Fundamental analysis memberikan aku kepuasan memahami apa yang berlaku dalam insudtri tertentu.

Diari saham 20200301

Aku jual $FOCUSP dan $PADINI, masih pegang $MRDIY dan $CYPARK, beli $MSM.

Aku beli $MSM, sebab tengok sahamnya macam ‘manis’ je. Kalau ikut bacaan aku, dah lama $MSM ini rugi, tapi sekarang dah mula untung balik. Boleh juga nak tunggu beberapa untung konsisten sebelum beli, tapi aku nak beli sekarang juga.

Antara fakta menarik yang aku baru tahu ialah:

  • Barangnya, barang bermusim yang bila ada perayaan, demand akan tinggi. Ada masanya harga jualan runcit akan dikawal.
  • Pemegang terbesar saham di $MSM bukan aku, tapi FGV.
  • Ladang di Chuping, Perlis hendak dijual kepada F&N, tapi tak jadi.
  • Ladang getah, sawit dan mangga (takkan Harum Manis?) akan dihentikan operasi (ni la yang nak dijual mualanya).
  • Dalam laporan kewangannya data tertulis “ladang beberapa kali terbakar” (musykil aku…)

Tapi aku beli juga….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge