‘Menjual’ di facebook.

Jom kembali ke zaman sebelum wujudnya facebook. Mungkin ada yang masih ingat pada Ning circle, hiFive, atau sebelum itu lagi friendster? Cuba kita kembali kepada masa sebelum itu lagi. Ke zaman pen dan kertas.

Zaman aku di bangku sekolah.

Semasa zaman di asrama, segala-galanya perlu segera. Bangun pagi, kalau boleh dua jam sebelum Subuh. Capai baldi, berus gigi, lekaslah ke bilik air. Kalau nasib baik tak perlu beratur lama untuk mandi. Kalau perut senak, pandai pandailah mintak ikhsan potong ‘Q’ di tandas.

Kalau bangun dah dekat subuh, lupakanlah hasrat nak mandi tu, dapat basuh muka kat singki pun dah kira rahmat.

Tapi aku bukan nak cerita pasal itu.

Zaman Tanpa Facebook

Dahulu aku pernah bertanya pada Encik Cikgu di sekolah kampung aku, apa beza murid dan pelajar. Katanya, murid itu yang belajar di sekolah rendah, yang di sekolah menengah kita gelar sebagai pelajar.

Aku anggukkan aje, walupun aku rasa semasa itu beliau sedang kencing berdiri.

Tapi bila masuk asrama, aku hairan bila kami semasa itu bukan murid dan bukan pelajar, sebaliknya yang gegirl dipanggil puteri dan yang jantan dipanggil putera.

Wah! Kamilah putera puteri harapan bangsa dan negara!

Zaman tanpa facebook, perkara peribadi adalah rahsia yang abadi. Dalam usaha mengorat seorang puteri kalau dapat tahu tarikh lahir dia pun dah boleh dikira sebagai milestone yang hebat. Selangkah lebih rapat dengan idaman hati.

Hari ini, hari jadi bini pun tak payah hafal, facebook akan ingatkan. Lainlah kalau Puan Isteri itu gunakan tarikh hari jadinya sebagai no pin ATM, itu wajib dihafal.

Kepada surirumah, bidadari syurga, para isteri sekalian, cuba letak D.O.B yang tipu di facebook tu, tengok Encik Suami akan wish ikut tarikh yang mana.

Zaman sebelum adanya media sosial seperti facebook zaman yang privasi. Kalau ibu bapa kau hanya mampu bagi RM 30 sebulan, tak ramai yang tahu. Mungkin dalam kelas kau, hanya berapa kerat je yang tahu bapa engkau pemandu pemandu van hantar barang runcit.

Kepada kerjaaan, terima kasih atas biasasiswa kecil persekutuan dan yuran makan RM 1 sehari untuk makan free di dewan makan.

Sedih engkau, lapar engkau, sakit engkau, banyaknya engkau simpan seorang, engkau pendam, engkau bakar, untuk dijadikan asbab kenapa engkau mampu bersengkang mata baca buku guna torchlight selepas Ketua Pengawas jerit Light Off.

Sekarang sudah menjadi seolah rukun negara untuk kita ceritakan semua benda di wall facebook. Beli itu, beli ini, dapat itu dapat ini, itu belum lagi ambil kira sebakul makian kepada myVi kuning dengan pelekat ‘P’ yang cucuk rapat belakang kereta engkau.

Itu lagi wajib di share di facebook. Kalau boleh biar viral sampai masuk surat khabar, biar trending.

Ala, aku bawa kereta kancil bini, boleh la ko cucuk rapat. Kalau aku drive wira GSR aku yang intercooler dia sahaja dah dua lapis, tinggal bertiang-tiang myVi kuning berpelekat P kau tu.

Biar wira GSR buruk, janji geran di tangan. Bawa BMW mahal-mahal tapi geran dekat bank, apa cerita? Itu pun kalau ada geran, kalau kereta klon macam mana?

Adat la kan, kereta buruk mesti kena overnight kat bengkel sekali sekala. Bengkel ni pun satu, dah dekat sebulan takkan tak siap – siap lagi kereta. Tak pe lah, janji geran di tangan, boleh frame cantik-cantik letak depan TV.

Ya, sekarang semua benda wajib update di facebook, instagram, atau yang ortodoks sikit boleh la tweet je.

Atau buat post macam orang sasau di blog.

Tapi facebook boleh buat sen der…

Betul la tu. Kebanyakkan benda di dalam dunia ni boleh digunakan untuk kebaikan dan keburukan. Contohnya kalau muka ko buruk sekalipun, ko masih berpeluang jadi pelakon. Walaupun pelakon tambahan, atau watak sampingan yang melintas di jalanan, atau watak jahat. Watak komunis je tak de sekarang.

Bukit Kepong pun dah jarang tayang.

Facebook hanyalah tools. Peralatan yang manfaatnya berdasarkan cara ianya digunakan. Boleh buat duit dengan jujur ikhlas di facebook, boleh juga buat kutu iphone online dan kemudian lesap dengan duit anak – anak kutu sekalian.

Kenyang ibu kutu. Kalau picit berdarah tu.

Facebook boleh mengeratkan keluarga yang berjauhan. Dapat juglah tengok anak dara ko makan apa kat Saitama tu, bila hari – hari dia post menu lunch dia. (eh? itu bukan instagram ke?)

Facebook juga banyak membantu usahawan dan usahawati yang asalnya mengusahakan tanaman anggur secara berkelompok di rumah akhirnya berubah arah ke online business dengan menjadi agen dropship tudung bawal atau serum penganjal pipi.

Akhirnya sekarang dah buka spa sendiri (spa legit ye, bukan spa yang offer happy ending apa bagai.) Ada yang akhirnya dah jadi founder produk kecantikan sendiri. Ataupun founder produk kejantanan.

Paling lekeh pun jadi agen penapis air atau agen medical card la. Lekeh tak lekeh, pun dia bayar vios dia tak pernah miss bulanan tau.

Boleh business di facebook dan berjaya…

Ye lah.. O.K. lah.. memang facebook boleh buat duit, boleh jadi lubuk income, jual produk, jual service asalkan jangan jual maruah, sudah.

Tapi perasan tak?

Perasan ke tak perasan ni? Ke aku sorang je yang perasan?

Setengah seller tu ayat dia mak ai… Cara dia cerita mak oi… Story telling ke story selling ke, itulah istilahnya. Aku tak berapa nak faham. Dalam ayat mudahnya, mereka memang ada skill untuk memikat orang yang sekadar lalu je di wall untuk ditukarkan kepada prospek seterusnya buyer.

Itu bukan kerja mudah. Kalau ada bakat, kerjanya senang.

Kalau tak ada bakat, boleh dipelajari, boleh bawak berbincang, gunakan kaedah cuba jaya, bukan try and error. Kita nak cuba dan berjaya, bukan gagal dan buang masa.

eBOOK: Miliki 176 Template Copywriting The Story Selling dengan 44 niche produk berbeza membuatkan anda mudah untuk menghasilkan copywriting menarik pembaca SEMUDAH Copy, Edit dan Paste sahaja!

Facebook mampu menghasilkan pendapatan sampingan yang lumayan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge