Kenapa kau tak ada satu lot saham pun di BSKL?

Kengininan aku untuk melabur di Bursa Saham Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Stock Exchange) memang sudah lama wujud. sampaikan aku sendiri tak ingat apa pencetus keinginan ini atau sejak bila angan ini aku pasang.

Tapi ada beberapa perkara yang aku ingat.

Unsur mistik dalam melabur saham.

Apabila aku mula ada minat dengan saham, aku mula menuntut ilmu untuk menempuh dunia saham. Pada masa itu satu sen pun aku tidak ada bajet untuk mengambil kelas saham yang yurannya dekat sebulan gaji aku pada masa itu.

Jangan kedekut katanya, kalau ingin melabur, langkah pertama aku kena labur untuk diri sendiri dengan mengikuti kelas saham ini. Boleh jana pendapatan lima angka sebelum kiamat, katanya.

Kalau aku masuk kelas ni hari tu mungkin tiap minggu nama aku keluar The Star.

Tapi aku tetap ambil langkah untuk belajar. Tak cukup banyak yang aku belajar, tapi perjalanan belajar yang sedikit itu boleh aku simpulkan dengan satu perkataan.

Mistik.

Photo by Ferdinand Studio from Pexels

Ya, mendalami ilmu saham, amat mistik. Namun jangan was-was kalau nak melibatkan diri dengan saham. Banyak kaunter saham yang patuh syariah di BSKL.

Belajar pakai lilin, fuh!

Ingat tak cerita kungfu dulu-dulu, bila anak murid kena belajar menumbuk sampai boleh padamkan api lilin? Ilmu pertama yang aku tuntut memang menggunakan lilin.

Siap kena baca-baca lagi bila nak belajar. Aku tak sanggup nak dedahkan semua, tapi sikit-sikit boleh la.

"Hai lilin putih, lilin hitam,Lilin panjang, lilin pendek,bintang pagi, bintang senja,mari kemari askar bertiga." Click To Tweet

satu lagi,

Aku masuk rendah, aku keluar tinggi,
jangan masuk rendah, kalau keluar rugi.

ataupun,

“Tiga gunung aku daki, tiga sungai aku harung,
Kalau runtuh, kalau pecah, aku untung”

Itu la antara yang aku boleh cerita. Cuba tweet ke kawan-kawan korang yang minat saham. Kalau dia blur je tu.. hrmmm.

Kalau dia senyum simpul ujung bibir je, itu tandanya dia mahaguru la tu.
Kalau dia senyum besar, ceria je rupanya, itu tandanya dia dah mahir buah pukul la tu.
Kalau dia gelak berdekah-dekah, itu macam level aku jugak la, baru belajar basic, sembang giler kencang. Budak baru sorong belebat la katakan.

Sejujurnya aku tak khatam pun ilmu lilin ni, aku belajar setakat belebat sahaja. Buah pukul ada sikit. Pecahan buah pukul tak mahir, apa lagi pukulan-pukulan shortcut seperti tendangan tanpa bayang, belajar sekali lalu je memang aku tak dalami.

Kemudian, melalui buku-buku kuning, aku kenali satu lagi ilmu. Buku yang kalau buat carian pdf di google pun tak jumpa, kalau pergi ke Popular atau MPH pun tak ada. Buku atau kitab yang hanya diturunkan dari guru ke anak murid ( itu pun yang entah kali ke berapa di photostat ).

Tapi itu zaman dulu la, kalau sekarang insyaAllah boleh beli dekat Amazon je, shipping ke Malaysia pun tak mahal, kalau Kindle version lagilah murah.

Yang mahalnya buku photostat turun temurun itu sebenarnya ialah conteng-conteng dan nota selit dalam tu sebenarnya.

Buku ilmu kayangan. Ilmu mistik saham yang kononnya menggunakan menngunakan awan. Awan Merah, Awan Hijau.

Eh? Awan bukan awan biasanya hitam dengan putih ke?

Ala.. kau customize sendiri la chart tu kalau nak dapatkan warna hitam putih.

Ilmu di awan.

Ilmu ni pada aku susah sikit nak faham, tapi bila dah faham, pergh… memang terapung. Kononnya ilmu ini brasal dari jelapang padi di negara matahari terbit. Tapi kalau nak belajar buat rasengan, mintak maaf la, tak boleh.

Ilmu yang membaca gerakan-gerakan dibawah awan, diatas awan. Kata orang, kalau berdiri tu lantaisnya berombak, ataprnya berolak. kata orang le… Untuk lebih yakin sila mohon firasat dari guru-guru yang anda kenali.

Ilmu ni mintak maaf, aku tak leh cerita panjang, pasal aku tak layak.
Lagipun… pengerasnya, keras!

Noktah.

Antara saham-saham yang aku beli, aku kongsikan satu. Aku beli Mr. DIY. Sebab aku suka pergi Mr. DIY. Buat masa ni nampaknya hensem je. kita tengok sejauh mana ia belayar.

A good swing position on Mr. DIY stock price BSKL, trading idea. Entry oppurtunity by complete chart formed above kumo.
AMARAN: Ini bukanlah nasihat kewangan atau saranan untuk membeli mana-mana saham di mana-mana stock exchange.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge