Guna Duit Raya Anak Untuk Menang Hadiah Daripada SSPN.

Peraduan Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN

Tabiat menyimpan patut bermula dari kecil. Prinsip ini diterapkan kepada kita oleh ibu bapa kita, tidak kira bagaimana keadaan ekonomi keluarga kita. Orang kaya mendidik anaknya menyimpan, orang kurang berada juga mendidik anaknya menyimpan. Ibu bapa kita diterapkan didikan ini oleh datuk nenek kita, yang menerimanya daripada nenek moyang kita.

“Sedikit-sedikit, lama – lama jadi bukit” peribahasi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan tak hilang dek Covid.

Duit Raya Duit Anak.

Setahun mukin hanya sekali anak-anak menerima duit yang banyak daripada biasa. Duit raya yang menjadi kegembiraan anak-anak. Malahan, mungkin ada anak anak yang sudah memasang angan untuk membeli peranti idaman. Tidak dapat disalahkan mereka kerana, tanpa punca pendapatan, ini sahajalah jalan untuk mereka merealisasikan impian mereka.

Sebagai ibu bapa, kita mempunyai peluang untuk menasihati mereka tentang cara mereka boleh melaburkan duit raya itu. Prinsip yang menjadi pegangan orang berduit; Use money to make more money. Dalam bahasa marhaennya, kita ajar anak-anak untuk menggandakan duit mereka.

Simpanan, sukar untuk berjaya tanpa matlamat. Matlamat yang jelas membantu meningkatkan displin menyimpan. Menyimpan di Tabung Haji dengan matlamat ingin mencukupkan tambang dan belanja untuk menziarahi Baitullah di Tanah Suci bagi mengerjakan haji. Dengan matlamat sejelas ini, sudah banyak dibuktikan golongan yang dilabel kais pagi makan pagi telah berjaya ke Makah mengerjakan haji mendahului golongan gaji berangka-angka.

Apa pula matlamat menyimpan di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) ? SSPNi dan SSPNi-Plus ialah satu kaedah simpanan yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN). Tujuannya untuk menabung sebagai persediaan pembiayaan di peringkat pengajian tinggi.

Hidup di Menara Gading tanpa bebanan kewangan.

Campus Life. Satu fasa yang begitu memberi impak kepada setiap yang pernah menjejakkan kaki ke Universiti. Bermacam kisah tersemat di dalam fasa ini. Istilah mengikat perut mungkin hanya sebagai lintasan kata bagi sesetengah kita, bagi yang melalui sendiri pasti masih ada kelat yang berbaki.

Pendidikan tinggi di Malaysia memerlukan belanja yang besar bagi kebanyakan keluarga. Ramai yang mengharapkan biasiswa, bagi yang gagal memperolehi biasiswa, pinjaman PTPTN menjadi sasaran kedua. Sekalipun pinjaman berjaya diperolehi, pinajamn itu sendiri mempunyai pelbagai kategori. Mungkin pinjaman penuh, mungkin pinjamna separuh. JUmlah penuntut yang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi semakin meningkat, jumlah bekas penuntut yang masih belum melunaskan pinjaman pula berada pada angka yang tidak boleh diabaikan.

Bayangkan tabung buluh, sekiranya syiling di dalamnya lebih kerap dikeluarkan daripada dimasukkan, apa yang terjadi?

SSPN nak bagi hadiah Mei 2021: Jom Beraya, Jom Menyimpan.

Secara mudahnya, sekiranya ada rezeki anak, bagi penambahan simpanan bulan Mei 2021, pendeposit berpeluang menang hadiah sekiranya mula menyimpan atau menambah simpanan bermula 1 Mei 2021 sehingga 30 Mei 2021. Tempoh itu ialah tempoh promosi kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan SSPN.

Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit SSPN, tanpa memerlukan slogan. Senang kan? Hanya kakitangan PTPTN, pasangan mereka dan anak-anak mereka yang tidak layak menyertai kempen ini. Simpanan yang diambil kira sebagai kelayakan ialah simpanan bersih yang dibuat dalam tempoh tersebut. Simpanan bersih bermaksud: Simpanan – pengeluaran.

Kempen ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu peringkat negeri dan peringkat nasional. Bermakna, setiap negeri akan ada pemenang kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021. Hadiah peringkat nasional lebih lumayan berbanding peringkat negeri. Bagi peringkat negeri deposit RM100 melayakkan pendeposit untuk mendapatkan satu cabutan, manakalan deposit RM300 melayakkan pendeposit untuk mendapat satu cabutan di peringkat nasional dan tiga cabutan di peringkat negeri.

Daripada pemahan melalui bacaan terma dan syarat, sekiranya jumlah deposit sepanjang tempoh kempen akan ditolak jumlah pengeluaran sepanjang tempoh kempen dan dianggap sebagai simpanan bersih. Contohnya, seorang ibu mendepositkan sebanyak RM 300 ke akaun SSPN anaknya, tetapi mengeluarkan RM 300 juga sebelum tempoh tamat, maka dia tidak layak meyertai kempen ini?

Bagaiman pula sekiranya Ibu tersebut mempunyi simpanan sedia ada sebanyak RM 10,000, kemudian dia mengeluarkan RM300 sekejap kemudian mendepositkan semula wang itu semasa tempoh kempen. Jumlah simpanan – jumlah pengeluaran = RM0. Jawapannya, juga tidak layak.

Apa hadiah Jom Beraya, Jom Menyimpan SSPN 2021?

HADIAH PERINGKAT NEGERI

  1. Hadiah Pertama : RM 5,000 seorang bagi setiap negeri (14 orang pemenang).
  2. Hadiah Kedua : RM 3,000 seorang bagi setiap negeri (14 orang pemenang).
  3. Hadiah Ketiga : RM 500 seorang bagi setiap negeri (14 orang pemenang).
  4. Hadiah Saguhati : RM 100 seorang bagi 22 orang setiap negeri ( 308 orang pemenang).

HADIAH PERINGKAT NASIONAL

  1. Hadiah Pertama : RM 8,000 (seorang pemenang).
  2. Hadiah Kedua : RM 6,000 (seorang pemenang).
  3. Hadiah Ketiga : RM 4,000 (seorang pemenang).
  4. Hadiah Saguhati : RM 200 ( 147 orang pemenang).

Macam mana hadiah Jom Beraya, Jom Menyimpan SSPN 2021 diberikan.

Satu tarikh cabutan akan ditetapkan oleh PTPTN bagi pendeposit yang melepasi syarat kelayakan. Pendeposit yang menang akan dihubungi oleh pihak PTPTN. Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati dan memastikan pihak yang menghubungi adalah benar-benar daripada PTPTN dan bukannya scammer yang cuba mengambil kesempatan.

Hadiah kemenangan bukanlah dalam bentuk wang tunai. Jumlah duit yang dimenangi akan di kreditkan ke akaun SSPNi pendeposit. Bagi pendeposit yang hanya memiliki akaun SSPNi-Plus, PTPTN akan membuka akaun SSPNi yang baharu berdasarkan maklumat akau SSPNi-Plus sedia ada.

Dengan kata lain, simpan dan tunggu sahaja. Sekiranya anda bertuah, hadiah kemenagan itu akan dimasukkan ke akaun SSPNi anda dalam masa dua bulan daripada tarikh cabutan berlangsung.

Macam mana nak sertai Jom Beraya, Jom Menyimpan SSPN 2021 ?

Klik gambar di bawah dan buat penambahan deposit sebanyak RM100 untuk menyertai cabutan peringkat negeri atau RM 300 unutk menyertai cabutan peringkat nasional dan negeri serentak.

Peraduan Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN

1 thought on “Guna Duit Raya Anak Untuk Menang Hadiah Daripada SSPN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge