Diari Saham Untuk Tok Abah.

Trading Journal. Kalau bukan tentang saham, aku memang ada buku catatan peribadi. Selain itu, aku juga ada Buku Harian Rasmi untuk tujuan menjalankan tugas makan gaji. Jadi apa salahnya kalau aku mempunyai Trading Journal?

Walaupun ketiga-tiganya berbeza, sasaran pembacanya tetap sama; iaitu untuk diri sendiri.

Penafian.

Aku bukanlah penasihat kewangan bertauliah. Sebarang penulisan di dalam blog ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan dalam apa juga bentuk atau tafsiran. Sebarang pendapat yang ditulis, hanyalah pendapat peribadi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai saranan untuk menjual atau membeli mana-mana instrumen kewangan.

Modal mula melabur di BSKL.

Berhentilah menggunakan enjin carian untuk mencari nilai ajaib ini. Aku pada awalnya turut mencari berapa ringgit yang diperlukan untuk mula melabur di bursa saham. Itulah langkah pertama yang paling logik. Kena tahu jumlah duit yang perlu ada, kemudian kumpul, kemudian buka akaun CDS, barulah melabur di BSKL.

Pencarian aku tidak membuahkan hasil. Kebanyakan sifu, mahaguru, pakar, tidak dapat dengan yakin untuk menyebut satu jumlah yang tepat. Oleh kerana ilmu meraka tinggi, jawapan yang diberikan lebih berbentuk konsep, makrifat dan pendapat.

Antara nombor yang pernah aku dengar RM 100,000.00, RM 10,000, RM 8,000 dan RM 100. Aku tak bergurau, ada pakar saham yang mengatakan, RM 100 pun boleh, asalkan ada azam untuk mengubah diri.

Aku tercengang dengan RM 100 tu.. Apa kes ni? Berapa broker dia charge ni?

Aku lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan RM 8,000 kerana idea yang dibentangkan kepada aku masuk akal. Setidak-tidaknya masuk akal aku.

Idea beliau begini.

Gunakan RM 8k untuk mula melabur d BSKL. Pilih lima kaunter dari sektor yang berbeza dan gunakan modal maksimum RM 1k untuk setiap kauter. Pilih itu maksudnya kajian, bacaan dan pemahaman , bukannnya memilih dengan kaedah dadu. Baki RM 3k guna sebagai tambahan apabila ada kejadian – kejadian menarik berlaku di kaunter itu.

Aku suka idea ini, praktikal. Tapi kena ingat ye, RM 1k buat masa ini tak cukup untuk membeli satu lot pun saham $NESTLE. Satu lot ialah 100 unit saham.

Tapi, untuk kawan – kawan selingkaran aku, mereka bermula dengan modal RM 10k, tidak termasuk harga kelas dan seminar yang mereka mampu hadiri.

Pelaburan paling menguntungkan ialah melabur untuk meningkatkan nilai diri sendiri. Click To Tweet

Mulai hari itu, aku sasarkan RM 8k sebagai goal untuk aku simpan sebagai modal mula melabur di BSKL.

Sasaran gagal dicapai.

Malunya, (ye, malunya bukan malangnya) aku tak dapat kumpul apa yang aku sasarkan. Pada masa yang sama kesabaran aku dah nipis, senipis kain dalam adanya. Tak tahan tengok taulan menayang untung. Golongan ini tidak menggunakan istilah untung. Mereka sebaliknya menggunakan istilah profit atau nama manjanya popit.

Aku pun tak tahu kenapa, nak kata dalam USD aku tengok dalam popitnya itu masih dalam RM.

Akhirnya aku nekad dengan apa sahaja modal terkumpul yang aku ada setakat ini, aku daftar akaun CDS dengan broker. Yang mudahnya, daripada proses daftar email sampai upload duit semuanya atas talian.

Walaupun talian unifi aku semasa itu semacam ada simptom Covid-19, aku berjaya juga daftar. Esoknya ekaun aku dah aktif dan aku dah boleh mula trade. Mesti boleh teka broker yang mana kan?

Jadi, aku gagal mengumpul RM 8k, tapi aku berjaya buka akaun dengan online broker untuk membeli saham di BSKL. Dalam kegagalan, ada kejayaan. Puihtis.

Jadi, hari ini aku mulakan Diari Saham aku.

Diari Saham 20210228

Hari ini hari Ahad, kaunter BSKL semua ditutup. Tetapi apa yang aku dah usahakan sepanjang dua minggu ini boleh dirumuskan seperti di bawah.

Aku menggunakan dua petunjuk utama untuk mencari peluang. Ichimoku dan MACD. Aku gunakan daily timechart sebagai asas. Sebabnya memang daripada awal lagi aku menolak pendekatan day trading kerana aku tidak mempunyai kelapangan dan keberanian untuk jurus sebegitu.

Aku lakukan ‘kajian’ pada malam hari dan hujung minggu. Kemudian, pagi-pagi sebelum pintu BSKL dibuka aku akan buat order (buy limit atau sell limit) di dalam platform broker online ini dan biarkan. Apabila malam seterusnya, market sudah tutup, barulah aku kaji semula semua setup aku.

Ulang.

Itulah perancangan aku buat masa sekarang.

Setakat ini aku mempunyai empat open position.

$CYPARK

Harga masuk: 1.420
Harga semasa: 1.480
Untung / (Rugi): 4.22%

Position ini aku masih mahu kekalkan buat masa ini.

$FOCUSP

Harga masuk: 0.895
Harga semasa: 0.470
Untung/(Rugi): (2.79)%

Position ini aku nak tutup, cadangnya esok nak jual.

$MRDIY

Harga masuk: 3.490
Harga semasa: 3.940
Untung/(Rugi): 12.89%

Mr DIY ni aku suka sebab chartnya sedang bergerak cantik. Tapi candlestick pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat lepas menunjukkan penurunan. Sama ada ianya sekadar pullback atau memang perubahan trend, ilmu aku belum cukup untuk beri kepastian. Kena menuntut lagi ni. Apa pun aku masih nak pegang, sebab aku suka pergi Mr.DIY.

$PADINI

Harga masuk: 2.900
Harga semasa: 2.940
Untung/(Rugi): 1.37%

Kaunter ini pun aku nak tutup, sebab aku ada banyak sangat kaunter dari jenis ini, ada tiga. Aku nak kekalkan satu je.

Pemerhatian 20210228

  1. Dengan modal sekecil ini, aku tak sepatutnya beli sehingga empat kaunter. Aku nak buat undang-undang sendiri, buat masa ini jumlah maksimum kaunter yang aku akan pegang ialah tiga.
  2. Semua position yang aku masuk, aku gunakan cihimoku tapi lambat beberapa candle daripada candle buy yang sepatutnya.
  3. Esok aku rancang untuk tutup dua kaunter dengan target price yang rendah.
  4. $WIDAD menarik perhatian aku sebab daily chartnya ada potensi membentuk buy signal pada carta 4 jam. Tapi tiada tanda pengesahan yang muncul. Kena tunggu lagi beberapa candle sebelum sebarang pendirian diambil.
  5. Bahan bacaan aku pada masa sekarang ialah Japanese Candlestick Charting Techniques oleh Steve Neson dan buku The Complete Value Investing Guide That Works! oleh KC Chong.
Lindungi Modal Anda! Click To Tweet
Photo by Olya Kobruseva from Pexels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge