Berapa Modal Untuk Mula Membeli Saham?

Tiada jawapan yang mudah untuk menentukan berapa ringgit yang diperlukan untuk menceburkan diri dalam jual beli di pasaran saham. Jikalau ditanya kos untuk membuka akaun CDS, jawapannya ialah RM10.

Akaun CDS ataupun central depositing system, boleh diibaratkan sebagai akaun bank. Bezanya, simpanan di dalam akaun bank dalam bentuk Ringgit Malaysia, simpanan di dalam akaun CDS berbentuk unit saham.

Pembelian unit saham di BSKL akan mendepositkan jumlah unit yang dibeli ke dalam akaun CDS ini dan penjualan saham pula akan mengkreditkan jumlah pegangan saham di dalam CDS.

Berapa Ringgit Diperlukan Untuk Melabur di BSKL.

Soalan ini biasanya akan dibajawab dengan anda tidak perlu modal yang besar, modal yang kecil sudah mencukupi. Anda berhak untuk berasa ragu dengan jawapan ini.

Jika unit paling kecil bagi matawang ringgit ialah sen, bagi saham pula ialah ‘unit’. Dalam berita ekonomi di televisyen atau surat khabar kita biasanya akan mendengar istilah saham XYZ turun 2 sen, saham PQRS naik 0.25 sen; semua itu bermaksud harga seunit saham bagi syarikat tersebut.

Sabagai contoh, saham syarikat telekomunikasi, DIGI, pada masa artikel ini ditulis ialah RM 4.42 seunit.

Adakah bermakna anda hanya memerlukan modal RM 5 untuk mula membeli saham di bursa saham? Jika dicampur dengan kos membuka akaun CDS RM10 ianya menjadi RM 15.

Adakah itu modal minima anda?

Belian Minima Saham Ialah 1 Lot.

Malangnya kita tidak boleh hanya membeli hanya seunit saham sahaja. Pembelian minima bagi saham di bursa saham kuala lumpur ialah satu lot. Satu lot saham mengandungi seratus unit saham.

Mengambil contoh saham DIGI tadi, RM 4.42 seunit x 100 unit, modal minima yang diperlukan untuk membeli satu lot saham DIGI ialah RM 442. RM 452 sekiranya anda belum lagi memiliki akaun CDS.

Kos Komisyen Broker Perlu Diambil Kira.

Selain dari harga seunit, pembelian saham juga perlu mengambil kira kos broker yang dikenakan kepada pemegang akaun CDS. Pembelian saham di BSKL tidak boleh dilakukan secara terus oleh individu tanpa melalui khidmat broker saham.

Broker saham pula adalah daripada syarikat yang sah berdaftar dan tersenarai di laman web suruhanjaya sekuriti. Selain daripada itu semuanya palsu dan tidak berlesen.

Terdapat modus operandi penipuan yang memperdayakan orang awam dengan menjanjikan pulangan modal pelaburan yang tinggi. Yang peliknya, peserta tidak perlu membuka akaun CDS, sebaliknya hanya mem’bank-in’ duit kepada pelabur ini.

Akhirnya pelaburan itu akan lebur.

Tiada Modal Yang Cukup Untuk Melabur.

Biasanya, mereka yang tidak mempunyai modal yang cukup untuk melabur, juga tidak mempunyai modal yang cukup untuk membeli hartanah, atau tidak mempunyai duit yang cukup untuk melancong.

Nampak seolah-oleh tidak berkaitan, tetapi sebenarnya ketiga-tiga perkara di atas ditentukan pada satu asas yang sama; mempunyai lebihan aliran tunai a.k.a cashflow. Mereka yang tidak mempunyai cashflow positif tidak mampu melakukan salah satu dan kesemua perkara di atas.

Walaupun lebihan tunai ini sering dianggap sebagai lebihan gaji, sebenarnya ada pandangan alternatif bagaimana mahu mewujudkan aliran tunai. Jika gaji diterima, duit itu akan digunakan untung membayar komitmen dalam bentuk hutang dan bayaran bulanan yang lain. Kemudian, bakinya digunakan pula untuk perbelanjaan harian seperti makan minum, pengangkutan dan hiburan.

Sebaliknya, lebihan perlu diawalkan daripada semua perkara yang lain. Dapat sahaja gaji, kita akan asingkan untuk diri sendiri terlebih dahulu. Mungkin dalam 10% daripada pendapatan kasar. Selebihnya baru dibayar komitmen bulanan dan perbelanjaan.

Sekiranya tidak mencukupi, yang perlu dikurangkan ialah bayaran komitmen dan perbelanjaan, bukannya 10% jumlah yang diasing tadi.

RM 10,000 Jumalh Yang Kecil Untuk Mula Melabur Saham?

Seperti contoh di atas kita lihat, RM 500 sudah cukup untuk membuka akaun CDS, membayar kos broker dan membeli satu lot (100 unit) saham DIGI.

Tiada siapa yang boleh meramal dengan tepat pasaran saham. Jika enam bulan selepas dibeli saham DIGI ini dibeli, pembelian tadi akan mendatangkan keuntungan. Istilahnya ialah keuntungan di atas kertas.

Bagi mendapatkan keuntungan itu saham itu perlu dijual untuk membolehkan pelabur menerima keuntungan dalam bentuk wang tunai. Itulah yang dikatakan sebagai buy low, sell high.

Pada amnya, kenyataan itu benar.

Selain menjual saham, keuntungan tunai juga boleh diperoleh melalui pembayaran dividen oleh syarikat. Contohnya pada tahun kewangan tersebut syarikat memperoleh keuntungan, mereka boleh memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya dalam bentuk dividen mengikut jumlah pegangan saham masing-masing.

Jadi sebenarnya, RM 500 bukan nombor yang selesa untuk memulakan pelaburan di bursa saham.

Sebaiknya kita tidak hanya membeli saham daripada satu syarikat sahaja. Membeli saham ialah seumpama membeli sebahagian kecil daripada perniagaan itu sendiri. Sekkiranya kita membeli saham DIGI, maka secara tidak langsung kita mempunyai perniagaan telekomunikasi.

Sekiranya kita membeli saham TOTO makan kita telah memodalkan perniagaan judi.

Keuntungan di dalam pasaran saham datang bersama risiko kerugian. Oleh kita kita perlu membina sesuatu yang dipanggil portfolio. Portfolio ialah sejumlah saham yang dibeli daripada beberapa syarikat dalam bidang yang berlainan malah mungkin bertentangan untuk mengurangkan risiko kerugian.

Sebagai contoh kita membeli saham di dalam syarikat telekomunikasi, syarikat ladang sawit dan syarikat pemaju perumahan. Pada masa industri perumahan kita akan menikmati keuntungan dari perkembangan industri itu. Dalam masa yang sama mungkin harga sawit jatuh dan saham kita di syarikat perladangan sawit susut nilainya. Kerugian itu boleh ditampung dengan keuntungan tadi.

Cuba lihat harga saham semasa yang anda berminat untuk beli dan lihat harganya seunit. Pilih sekurang-kurangnya lima dari bidang yang berbeza. Dengan kiraan minima satu lot (100 unit) berapakah modal yang anda perlukan?

RM 5,000 atau lebih?

Tapi bagaimana pula kemahiran untuk memilih saham mana yang berpotensi dibeli atau tidak dan mengenal pasti pada harga berapa ia sesuai dibeli atau dijual?

Pengetahuan ini perlu dipelajari dan ianya tidak percuma. Ada yang boleh dipelajari melalui eBook, tapi biasanya tidak memahirkan anda, hanya cukup sebagai pelajaran awalan.

Selebihnya perlu di kuasai melalui kelas, seminar dan kegagalan sebenar ketika menjual beli saham. Ini semua ada harganya. Mungkin sekitar RM 5,000 buat permulaan.

Jadi kos untuk anda mula melibatkan diri dengan saham? mungkin RM 10,000 atau lebih.

Dengan Modal RM 100 boleh mula melabur?

Kerajaan sebenarnya ingin ramai orang melabur. Institusi kewangn tiada masalah untuk melabur pada skala besar malah mengaut keuntungan dalam jumlah yang besar. Kerugian besar mereka boleh diimbang dengan pemilihan portfolio yang kompetetif.

Bagaimana pula pelabur runcit yang mempunyai modal yang kecil. RM 100 boleh membeli saham di BSKL, bagi syarikat dengan nilai saham di bawah RM 1 seunit. Tapi, jumlah saham yang dapat dibeli mungkin tidak dapat membina portfolio yang bagus.

Permintaan ini mewujudkan segmen baharu dalam basaran saham, yang dipanggil Robo Advisor. Secara konsepnya, syarikat ini membangunkan algoritma yang bermula dengan mengenalpasti kecenderungan pelabur, seperti jangka masa pelaburan yang diinginkan, tahap risiko yang boleh diterima, dan sasaran pelaburannya.

Berdasarkan keputusan itu, syarikat akan membina portfolio yang mengandungi beberapa instrumen pelaburan yang sepadan dengan sasaran pelabur, bermula dari very conservative kepada very aggresive.

Kemudian, anda tidak perlu memikirkan mana satu saham yang ingin dibeli, berapa banyak perlu dibeli atau bila perlu dijual kempali. Keputusan teknikal ini diserahkan kepada algoritma tadi.

Tugas pelabur bagi segmen ini ialah memastikan modal pelaburan didepositkan secara berskala dan berdisplin.

Wahed Invest sebagai Robo Advisory platform.

Sekiranya anda membuka akaun dengan Wahed Invest, pelaburan anda diautomatikkan dan tupuan hanya perlu diberikan dalam memodalkan pelaburan ini.

Inanya sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan pelaburan. Ianya seolah-oleh menyimpan di dalam akaun bank, akaun Tabung Haji atau Amanah Saham Berhad. Bezanya, anda tidak perlu menunggu hujung tahun untuk mengetahui jumlah keuntungan yang diperolehi. Aplikasi pintar di telefon bimbit anda dapat menunjukkan prestasi pelaburan anda secara harian.

Akaun boleh dibuka dengan modal serendah RM 100.

1 thought on “Berapa Modal Untuk Mula Membeli Saham?

Leave a Reply to Syuhada Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge