Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?

Jutawan produk kosmetik bukan lagi angan – angan kosong. Kalau dahulu mereka ini boleh dibilang dengan jari, kini jumlahnya telah bertambah dan bilangan produk jenama sendiri juga telah meningkat di pasaran.

Adakah susah untuk menghasilkan produk kecantikan atau kesihatan dengan jenama sendiri? Jawapannya, tidak mudah, tetapi bagi yang berusaha, ianya tidak mustahil. Semunya bermula dengan memasang angan yang akhirnya berubah menjadi visi.

Akhirnya ianya menjadi realiti dan impian untuk menjadi pengasas produk kecantikan atau kesihatan menjadi kenyataan.

Ada tiga ciri persamaan yang dikongsi oleh jutawan kosmetik yang telah berjaya mencipta dan mengilangkan produk kecantikan sendiri;

  • Tidak mudah putus asa
  • Rajin belajar dengan orang yang telah berjaya (mentoring).
  • Pandai menilai risiko (risk management).

Sekiranya anda ada berhasrat untuk mengeluarkan produk kosmetik sendiri, kemungkinan besar anda sekarang merupakan ajen dropship produk orang lain, stokis barang penjagaan diri syarikat multilevel, pemilik butik atau setidak – tidaknya seorang pengguna produk kecantikan. Betul?

Jadi, anda kini ingin tahu cara memulakan perniagaan produk kecantikan dengan jenama anda sendiri.

Cabaran Untuk Menghasilkan Produk Sendiri.

Produk kecantikan jenama sendiri hanyalah satu sub domain kepada satu cabang keusahawanan yang boleh diterokai semua orang yang ingin menghasilkan produk sendiri. Mungkin produk yang dihasilkan ialah biskut atau makanan, produk kesihatan dan kecantikan atau produk fizikal yang lain.

1. Tidak tahu bagaimana cara untuk bermula?

Cakap emmang senang. Itulah ayat cabaran pertama kepada sesiapa yang mula menyatakan hasratnya untuk menghasilkan dan mengilangkan produk jenamanya sendiri. Memang susah, tetapi telah ada yang membuktikan ianya tidak mustahil.

Langkah pertama yang harus diambil ialah dengan menjawab soalan ini:

Bagaimanakah produk anda dapat membantu bakal pembeli anda?

-jawapan inilah langkah pertama anda…

Setiap produk dilahirkan sebagai penyelesaian kepada sesuatu masalah. Cuba tanya diri sendiri apakah masalah yang cuba anda selesaikan. Pada peringkat ini, bagaimana ia boleh diselesaikan adalah tidak penting. Yang penting ialah anda betul-betul boleh mendefinasikan masalah yang ingin diselesaikan itu.

Adakah anda cuba menyelesaikan masalah rambut gugur? Masalah kulit muka yang sering breakout? Masalah sembelit selepas bersalin?

Masalah-masalah ini bukanlah sesuatu yang kita imiginasikan, sebaliknya ialah masalah yang hampir dengan kita. Masalah yang mungkin kita sendiri hadapai, keluarga kita hadapai, kenalan kita hadapi atau orang di persekitaran kita hadapi.

Pemerhatian ini akan membuka mata kita untuk melahirkan satu produk jenama sendiri yang mampu memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi mereka.

Pada peringkat ini kita sudah boleh menilai risiko, sama ada produk itu akan mendapat sambutan atau tidak. Beberapa soalan yang mampu mengenalpasti potensi produk baharu kita ialah seperti berikut:

Berapa ramai yang menghadapi masalah yang sama?

Semakin ramai orang yang memiliki masalah ini bermakna semakin ramai yang berpotensi akan menjadi pembeli dan pelanggan kita. Bagi syarikat besar, mereka mengeluarkan peruntukan yang besar untuk membuat survey atau kajian pasaran untuk menentukan prospect produk mereka.

Kita yang tidak mempunyai modal sebenarnya masih boleh melaksanakan kajian sedemikian, cuma mungkin memerlukan cara yang lebih kreatif dan bekerja lebih keras.

Ambil contoh mudah sebuah posting di facebook.

“Korang selalu tak rasa gatal kulit kepala bila pakai tudung sampai petang?”

-reaksi komen boleh memberikan kita pelbagai maklumat berguna untuk membangun produk jenama sendiri.

Maklumbalas orang dikeliling kita sebenarnya adalah input yang berguna. Mungkin ada yang berkata menggunakan tudung daripada kain x lebih gatal daripada kain y.

Mungkin ada yang berkongsi maklumat yang kepalanya lebih gatal sekiranya dalam keadaan kering, tapi tidak bila diminyakkan.

Maklumat yang pada mulanya dianggap rawak ini haruslah kita kaji untuk mendapatkan definisi kepada masalah yang cuba kita tangani. Banyak media sosial yang menyediakan fungsi poll yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan maklumat. Malahan survey harga juga boleh dijadikan asas untuk menetapkan harga produk jenama sendiri apabila dilancarkan.

Boleh cuba dengan soalan yang mudah, contohnya: “Berapa korang sanggup bayar untuk krim yang merawat tumit pecah tapi tak melekit?”

2. Tidak tahu bagaimana menghasilkan produk jenama sendiri?

Setelah mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan, tibalah masanya untuk mencipta produk tersebut. Lazimnya kita tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang komposisi kimian, bahan ramuan mahupun campuran bahan berbahaya dalam produk kosmetik jenama sendiri.

Tidak mengapa, tidak menjadi masalah.

Anda hanya perlu mempunyai visi bagaimana bentuk akhir produk jenama sendiri anda tadi. Contohnya, visi anda ialah menghasilkan krim merawat tumit pecah dalam bentuk roll-on yang mudah dibawa, bagaimana rupanya, bagaimana rasanya, bagaimana baunya, atau apa yang mesti ada.

Anda cuma perlu tahu setakat itu. Adalah menjadi satu kelebihan kalau anda pandai bancuh minyak wangi sendiri atau rebus akar kayu menjadi tonik di belakang rumah. Tapi untuk menghasilkan produk keluaran anda, anda tidak perlu menciptanya.

Ini ialah kerja yang boleh di outsourcekan. Ada orang yang menjual resepi minyak wangi, bahan membuat sabun, atau ramuan krim pemutih wajah. Mereka pula sedia berbincang dengan anda jika anda mahu produk anda unik dengan ramuan tertentu.

Serahkan hal itu kepada pakar. Anda cuma perlu fikir nama ( branding) dan pembungkusannya sahaja. Tapi dimana pula anda nak cari mereka?

3. Sudah ada ramuan dan resepi produk, tapi bagaimana hendak membuatnya?

Homemade product bagus untuk menjimatkan kos. Kalau anda boleh mengisar biji kopi sendiri bersama daun pandan dan beras untuk dijadikan scrub muka di dapur rumah sendiri sudah tentu kosnya minima. Tetapi berapa banyak pula boleh anda buat? Anda memerlukan bisnes yang scaleable atau boleh dihasilkan dalam skala yang besar di kemudian hari.

Kaedah yang membolehkan anda menjadi pemilik produk sebenarnya. Tumpuan anda ialah menambah jenis produk, menembusi pasaran negara China dan mengembangkan empayar anda. Pekara remeh yang lain, anda serahkan kepada model bisnes yang boleh diskalakan.

Jadi produk anda perlu dikilangkan. Pernah dengar tentang kilang OEM atau GMP? Nak buat produk kosmetik, perlu pergi Vietnam dan kilangkan dengan jenama anda sendiri di sana. Pernah dengar ayat tu tak? Pernah dengar white brand? Anda cuma perlu letak jenama sahaja pada produk yang sudah siap. Apakah semua itu?

Kenapaperlupergijauh?DiMalaysiasahajaterdapatsekurang-kurangnya 219 kilang yang boleh menerima tempahan untuk membuat produk kecantikan atau kesihatan jenama anda sendiri.

Adakah anda mahu senarai kilang ini?

4. Belajar cara menghasilkan produk sendiri. Siapa mentor anda?

Selepas tamat perang dunia kedua, Jepun membangunkan kembali ekonomi mereka dengan amat pesat sekali. Terpesat yang pernah disaksikan dunia. Selain amalan nilai murni seperti menepati masa, dasar itu dan dasar ini, ada satu sistem yang menjadi buah mulut pakar ekonomi. Bukan 5S atau Kaizen.

Sistem aperantis. Seorang yang tidak tahu apa -apa ( zero knowledge) tentang sesuatu perniagaan pergi merayu kepada mereka yang telah mempunyai perniagaan dan berjaya untuk belajar segala-galanya. Biasanya mereka diberikan gaji kecil, duduk di premis perniagaan dan melakukan segala macam kerja.

Kerja yang dilakukan biasanya bermula daripada bawah. Kadang kala bermula sebagai kuli menyusun barang di stor sehinggalah tukang promosi dan penghantar barang. Mereka buat semua. Hasilnya, mereka tahu selok belok untuk memulakan perniagaan sendiri dari A ke Z. Malah setengahnya berjaya membangunkan syarikat gergasi jenama mereka sendiri yang gah sehingga hari ini.

Bercita-citalah sebesar itu.

Perubahan zaman telah mengubah bentuk perantis ini. Anda tidak perlu pekerja di kilang biskut untuk memulakan bisnes makanan. Perubahan zaman telah membuatkan kejayaan orang – orang ini didokumentasikan dengan baik. Anda boleh belajar dari situ.

Sistem perantis telah berubah wajah kepada sistem mentor-mentee, personal coaching, buku dan juga ebook panduan lengkap memulakan perniagaan dengan produk jenama sendiri.

Walaubagaimanapun, jika anda telah biasa bersusah payah dengan drop shipping, sebagai stokis atau ejen, itu adalah pengalaman tambahan yang boleh membantu anda terus maju. Jika tiada pengalaman tersebut pun tidak mengapa asalkan anda sanggup merendah diri belajar, walaupun dari bermula dari buku.

Mereka melakukan banyak kesilapan dan banyak kali jatuh. Bukan berapa kali mereka jatuh itu yang perlu dikira, tapi berapa kali mereka bangun. Jika anda tidak mahu gagal, belajarlah dari kesilapan mereka.

Bukan bermakna anda melengkapkan ilmu di dada untuk tidak gagal walau sekali. Anda akan gagal, jatuh, bangun, menangis, lari dari hutang bank, makan meggi di kedai sebab anak pesan balik nanti belikan pizza. Semua itu anda akan lalui, sebagai liku dalam membangunkan jenama anda sendiri.

Cuma jalan yang anda lalui lebih selamat, kerana anda lebih bersedia dengan ilmu yang ada.

Berniaga: Rugi sudah pasti, untung belum tentu, tapi inilah jalan pilihanku!

somebody not so famous.

Sepanjang perjalanan anda membangunkan empayar anda, akan muncul lamai lagi guru dan mentor yang boleh membimbing anda. Kemunculan mereka lebih ramai dari kemunculan orang yang ingin menyantau anda kerana dengki melihat produk anda meletup.

5. Bermodalkan air liur untuk menghasilkan produk jenama sendiri.

Pakar motivasi atau penceramahpun memerlukan modal selain air liur mereka. Kalau modal dalah faktor kejayaan, tiadalah kita dengar kisah orang susah yang berjaya membangunkan syarikat dan brand sendiri.

Walaupun dengan memiliki ibu bapa pergelar Tan Sri akan memudahkan anda membuat pinjaman FAMA ( pinjaman Father and Mother), untuk dijadikal modal memulakan perniagaan, terdapat ramai usahawan berjaya yang bermula dengan modal yang amat minima.

Jangan juga kita memandang serong anak orang kaya yang berjaya. Mungkin mereka berusaha 100% di atas kaki sendiri. Mencari kekayaan mula dari kosong. Kerana usaha mereka, mereka akhirnya berjaya menyaingi kekayaan ibu bapa mereka.

Anda tidak perlu meminta modal dari ibu bapa untuk berniaga. Anda cuma perlu minta restu.

Anak orang kaya

Di mana ada kemahuan, di situ ada modal. Pinjaman bukanlah satu pilihan yang teruk jika anda tahu cara yang betul. Nak tau cara yang betul kena belajar dari mereka yang pernah meminjam dan berjaya.

Mencari atau mengumpul modal adalah perjuangan pertama anda dalam menghasilkan sebuah perniagaan yang mengabadikan nama anda sendiri sebagai pemilik produk. Bagaimana caranya untuk mengumpul modal memulakan perniagaan secara kecil- kecilan atau perniagaan besar brand sendiri?

Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri? – Azwan’s

6. Macam mana nak design pembungkusan (packaging) produk sendiri ?

Faktor yang kita tidak pernah ambil tahu. Kebiasaannya apabila kita menjual produk orang lain, sebagaimana botol atau bungkusan yang kita terima daripada pembekal, dalam botol atau bungkusan itu jugalah yang kita jual. Kalau pink kotaknya, pink lah juga yang kita pos pada pelanggan.

Apabila kita mula menghasilkan produk kecantikan jenama sendiri, mereka bentuk botolnya, bungkusannya amatlah penting. Design packaging produk jenama sendiri mampu memberikan first impresion tentang kualiti produk yang ada di dalamnya. Takkanlah kita nak ubah setiap bulan design tersebut. Kalau boleh biarlah design sekali sahaja dah elok untuk dijual.

Tapi bagaimana caranya?

Bolehkah botol itu kita lakar sendiri di atas kertas dan serahkan kepada kilang untuk buat? Ataupun ada jual botol ready made yang boleh digunakan untuk isi produk jenama sendiri dan boleh diberi secara borong?

Nampak remeh kan? Tapi apabila anda serius ingin menghasilkan produk sendiri, ini adalah keputusan yang penting dan memerlukan pertimbangan yang serius. Sekarang anda wajib tahu apa yang dikatakan design botol atau kotak menarik untuk produk anda dan bagaimana merealisasikan rekaan anda itu.

Kalau tiada kreativiti, seperti juga mana – mana masalah lain dalam perniagaan, we can always bring in the pro. Tapi di mana pula nak cari mereka? berapa pula kos mengupah mereka? Takkan semua nak google je.

7. Undang – undang berkaitan dengan penghasilan produk kecantikan jenama sendiri.

Berniaga goreng pisang pun perlu lesen Majlis Dareah, inikan pula untuk menghasilkan dan menjual produk kecantikan atau produk kesihatan jenama sendiri. Sebelum keluarkan apa-apa produk untuk jual di pasaran, eloklah ambil tahu tentang undang- undang berkaitan.

Boleh tak kalau produk sedia ada saya botolkan kembali? Contohnya ViVix Shaklee tu kan mahal, saya tuang dalam botol – botol kecil dan jual dengan harga lebih murah, contohnya RM30. Boleh tak saya buat begitu?

Takkanlah setelah berpuluh ribu modal dikeluarkan, akhirnya produk terpaksa ditarik balik kerana kandungan merkuri yang tinggi atau mengandungi bahan berbahaya yang lain. Kerugian satu perkara, kepercayaan pelanggan pula satu perkara yang lebih penting. Jikalau produk dari jenama yang baru nak mula, semakin teruklah kesannya.

Kepercayaan pengguna yang hilang terhadap sesuatu produk amat sukar diraih kembali.

Jadi, elakkan nanti kita terperangkap dan berkata kita tidak tahu. Ambil masa secukupnya untuk mempelajari apa yang kita perlu tahu tentang perundangan berkaitan. Jika anda ingin menghasilakan produk kecantikan jenama sendiri cotohnya. Tahukah anda di mana hendak mendapatkan rujukan Undang – Undang Kawalan Dadah dan Kosmetik?

Kementerian atau jabatan mana pula yang bertanggungjawab mengawal selia semua perundangan ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) contohnya, mempunyai unit untuk memantau kandungan kosmetik dan ubatan. Sekiranya ini produk anda, anda perlu berhati – hati dan mendapatkan kelulusan mereka terlebih dahulu.

Jadi, sekarang anda tahu betapa bernilainya pelekat hologram ( hologram sticker) yang dikeluarkan oleh KKM. Dengan adanya pelekat ini pada produk jenama anda sendiri, tentunya meyakinkan pelanggan tentang keselamatan produk anda akan menjadi lebih mudah.

Sekiranya anda tahu prosedur yang betul dan patuh kepada kriteria permohonan sticker hologram KKM ini, ianya bukan sesuatu yang mustahil. Jangan mudah percaya jika ada orang berkata bagi mendapatkat sijil KKM memerlukan rasuah dan duit kopi.

Jika anda datang dengan permohonan yang lengkap dengan produk yang telah mendapatkan pensijilan tertentu, sudah tentu anda akan dilayan dengan serius dan tidak dianggap sebagai pelanggan yang sekadar nak cuba bertanya – tanya sahaja. Tapi bagaimana pula nak buat selengkap itu?

e-Book : Mudahnya Menjadi Owner Produk dalam format pdf.

Jadi kita telah berbincang tentang apakah persoalan-persoalan yang perlu difikirkan untuk mula mengorak langkah menghasilkan produk sendiri, sama ada produk kosmetik, produk kesihatan atau produk lain.

Secara ringkasnya, apabila ingin mengilangkan produk jenama sendiri, ini ialah antara persolan yang perlu difikirkan:

  1. Tak tahu kilang OEM dimana?
  2. Tiada ilmu dalam menghasilkan produk sendiri? Tak tahu berapa modal?
  3. Tak tahu nak buat design bagaimana?
  4. Tak tahu nak pakai botol macam mana?
  5. Tak tahu nak guna sistem menjual produk?
  6. Tak tahu undang-undang produk?
  7. Tak tahu macam mana nak pasarkan produk? Tak tahu tentang sijil-sijil yang diperlukan?
  8. Tak tahu jabatan kementerian mana terlibat?

Apa yang akan diperolehi apabila beli ebook ni?

  • 1 x Ebook panduan langkah-langkah memulakan produk sendiri dalam bentuk file PDF
  • 1 x Template perancangan strategi bertulis dimana anda perlu PRINT dan TULIS
  • Senarai 219 senarai Kilang OEM terkini yang berdaftar dengan KKM
  • 1 x Ebook Undang-Undang Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dalam bentuk PDF

Bagaimana e-Book ini dapat membantu?:

  • Mengajar dan membincangkan langkah yang perlu diambil sebelum approach kilang pengeluar kosmetik.
  • Mengajar tentanf DO and DONT dalam penghasilan produk kosmetik.
  • Memahami batan perundangan yang bekaitan tentang menghasilkan produk jenama sendiri atau produk kosmetik.
  • Mengenali jenis kilang yang berbeza untuk menghasilkan produk utnuk memudahkan anda membuat pilihan.

BERAPA HAGA eBOOK INI?

KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT

1 thought on “Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge