
Aku menerima SMS daripada bank tentang Auto Balance Conversion yang bakal dilaksanakan oleh pihak bank bagi baki tertunggak dalam penyata kad kredit yang gagal dilaksanakan.
Seingat aku baki kad kredit aku tidaklah banyak mana, dan masih boleh dibayar apabila tiba masanya.
Adakah ini scam?
Program Kesedaran tentang Auto Balance Coversion.
Jika terima SMS atau email yang meragukan, jangan sesekali klik pautan yang disertakan. Itu pesanan yang selalu aku ingat. Jadi, aku lawati lawan web bank itu yang asli dan mencari maklumat tentang Auto Balance Coversion ini.
Rupa-rupanya ada.
Secara ringkasnya, bank dalam tempoh mewar-warkan program ini kepada semua pemegang kad kredit, yang tiada baki tertunggak, yang ada baki, semua akan dimaklumkan tentang program Auto Balance Conversion ini.
Program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai baki tertunggak tapi gagal membuat bayaran penuh. Baki penyata kad kredit tersebut akan ditukarkan kepada bayaran ansuran bulanan yang akan muncul dalam penyata kad kredit setiap bulan.
Pada tarikh ianya akan dimulakan, baki tertunggak (baki di dalam penyata ditolak dengan jumlah bayaran semasa) akan ditukarkan kepada ansuran bulanan sebanyak 36 bulan. Hanya ini tempoh yang ditawarkan dan pemegang kad kredit tidak mempunyai pilihan untuk tempoh lain.
36 bulan bersamaan tiga tahun.
Mekanisma ini bertujuan membantu pemegang kad kredit melangsaikan hutang baki kad kredit disamping mendidik pengguna tentang tanggungjawab menggunakan kad kredit mengikut kemampuan diri.
Syarat kelayakan pemegang kad kredit.
Pemegang yang mempunyai baki yang gagal dijelaskan akan dimasukkan secara automatik (paksa rela?) ke dalam program ini, jika memiliki syarat yang cukup seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan di bawah RM 5,000.00 sebulan (mengikut rekod terkini pihak bank).
- Kad kredit masih aktif dan belum disekat.
- Purata bayaran untuk tempoh 12 bulan kebelakang ialah kurang daripada 10% daripada jumlah hutang kad kredit.
Kelebihan Auto Balance Conversion terhadapa baki penyata kad kredit.
- Effective interest rate (EIR) ditetapkan pada kadar 13% setahun bersamaan kadar flat rate sebanyak 7%. Kebiasaanya EIR untuk kad kredit ialah di antara 15% ke 18%, mengikut jenis kad dan bank pengeluar.
- Tiada yuran pemprosesan dikenakan untuk tujuan menukarkan baki tertunggak kepada ansuran bulanan.
- Setiap 12 bulan baki akan dijadikan ansuran bulanan baharu melalui Auto Convert.
- Pemegang kad kredit boleh memilih untuk menghentikan Auto Balance Conversion dalam tempoh masa 30 hari daripada ia bermula. Tiada cas untuk kali pertama.
NOTA: Apabila baki kad kredit ditukarkan kepada ansuran bulanan, baki tersebut akan ‘hilang’ dari penyata perikutnya. Sebaliknya jumlah ansuran bulanan pada bulan itu yang tertera di penyata kad kredit.
Bagaimana langkah untuk membatalkan Auto Balance Conversion.
Apabila seorang pemegang kad kredit dimasukkan ke dalam program ini, pemegang kad tersebut akan di maklumkan melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang didaftar dengan pihak bank. Bagi memastikan SMS ini diterima, sila pastikan nombor telefon yang aktif dikemaskini dengan pihak bank.
Nombor telefon bimbit boleh dikemaskini di mesin ATM atau di cawangan bank.
Apabila menerima SMS ini, sekiranya kita tidak mahu baki tertunggak dalam kad kredit itu ditukarkan kepada ansuran bulanan, kita perlu menghubungi pihak bank dalam masa 30 hari.
Pihak bank boleh dihubungi melalui talian khidmat pelanggan atau email, bergantung kepada kemudahan yang disediakan bank masing-masing.
Pengesahan pembatalan akan diterima melalui SMS sekiranya proses berjaya.
Cara unutk membayar full settelment sebelum tempoh 36 bulan.
Sekiranya pelanggan telah mula membayar ansuran bulanan terhadap baki tertunggak kad kredit itu, tetapi tiba-tiba ingin membuat penyelesaian penuh, perkara itu boleh dilakukan. Pelanggan perlu menghubungi pihak bank dan memaklumkan keinginan itu.
Setelah diproses, baki yang belum dibayar akan tertera dalam penyata kad kredit. Baki ini perlu dibayar penuh mengikut tarikh yang tertera di penya. Jika bayran gagal dilaksanakan seblum tarikh itu, baki akan dikenakan interest mengikut kadar asal kad kredit.

Kesan Auto Balance Conversion kepada pemegang kad kredit.
Melalui ilustrasi perkiraan di laman web bank tersebut, hutang baki kad kredit berjumlah RM 15,000.00 boleh dijelaskan dengan bayaran sebanyak 36 bulan. Apabila selesai, jumlah yang dibayar kepada bank ialah RM 18,198.00. Perkiraan ini dengan andaian tiada caj baharu dikenakan ke atas kad kredit dan pelanggan membayar ansuran bulanan sepenuhnya dalam tempoh yang dikehendaki.
Had Kredit: Had maksimum yang dibenarkan terhadap kad kredit pemegang akan dikurangkan.
Had baharu = Had asal – Jumlah baki yang ditukarkan kepada ansuran.
perubahan credit limit bagi kad kredit pemegang yang terlibat.
Had baharu ini akan naik sedikit demi sedikit mengikut jumlah ansuran bulanan masing-masing yang dibayar mengikut jadual. Jika tidak dibayar, had tidak dinaikkan dan ansuran yang tidak dibayar akan dikenakan caj.
Sekiranya ansuran bulanan gagal dibayar sehingga tiga bulan, pengguna akan dikeluarkan dari program ini dan kesemua baki tertunggak akan dimasukkan semula ke dalam penyata. Baki ini perlu dibayar penuh. Jika gagal caj akan dikenakan seperti biasa mengikut kad kredit tersebut.
Baki yang ditukarkan tidak akan menerima bonus, mata ganjaran atau cash rebate yang biasanya ditawarkan dalam penggunaan kad kredit masing-masing.
Senarai Bank Yang Menawarkan Auto Balance Conversion.
Bank | Tarikh mula |
1. Affin Bank Berhad | By Jan 2020 |
2. Affin Islamic Bank Berhad | By Jan 2020 |
3. Alliance Bank Malaysia Berhad | By Jan 2020 |
4. AmBank (M) Berhad | By Jan 2020 |
5. AmIslamic Bank Berhad | By Jan 2020 |
6. Bank of China (M) Berhad | By Jan 2020 |
7. Bank Islam Malaysia Berhad | By Jan 2020 |
8. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad | By Jan 2020 |
9. Bank Simpanan Nasional | By Jan 2020 |
10. CIMB Bank Berhad | Jul 2019 |
11. CIMB Islamic Bank Berhad | By Jan 2020 |
12. Citibank Berhad | Jul 2019 |
13. Hong Leong Bank Berhad | Aug 2019 |
14. HSBC Amanah Malaysia Berhad | By Jan 2020 |
15. HSBC Bank Malaysia Berhad | Aug 2019 |
16. Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad | By Jan 2020 |
17. Malayan Banking Berhad | Aug 2019 |
18. Maybank Islamic Berhad | Aug 2019 |
19. OCBC Bank (Malaysia) Berhad | By Jan 2020 |
20. Public Bank Berhad | By Jan 2020 |
21. Public Islamic Bank Berhad | By Jan 2020 |
22. RHB Bank Berhad | By Jan 2020 |
23. RHB Islamic Bank Berhad | By Jan 2020 |
24. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad | By Jan 2020 |
25. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad | By Jan 2020 |
Syarikat Pinjaman Kredit. | |
1. AEON Credit Service (M) Berhad | By Jan 2020 |
2. Paydee Sdn. Bhd. (formerly known as Synergy Cards Sdn. Bhd.) | By Jan 2020 |
terima kasih atas artikel menarik ini admin. saya sampai sekarang bini tak kasi apply kad kredit
encikhafiz.my telah menulis tentang Setelah Terlafaznya Akad Episod 26 – Tonton Drama Live