7 langkah untuk melangsaikan hutang mengikut kaedah Dave Ramsey: Baby Step 4

Tiga langkah pertama dalam Kaedah Dave Ramsey merupakan langkah yang paling sukar tetapi paling penting kepada orang yang betul-betul mahu menguruskan kewangan mereka dengan baik. Kejayaan langkah satu membantu kepada kejayaan langkah kedua, begitulah setrusnya.

Langkah satu ialah mewujudkan Tabung Kecemasan sambil menahan diri daripada hutang baharu. Langkah kedua melangsaikan kesemua hutang kecuali hutang rumah menggunakan kaedah snowball effect. Langkah ketiga membesarkan Tabung Kecemasan sehingga mampu menampung di antara tiga ke enam bulan perbelanjaan kita.

Seterusnya langkah keempat. Langkah membina kekayaan.

Baby Step 4: Menggunakan 15% daripada pendapatan untuk pelaburan bagi membina dana selepas bersara.

Menjelang umur tua, kita akan mula kehilangan kudrat atau kapasiti untuk mencari rezeki lagi. Apabila sampai masanya, kita cuma berharap, apa yang disimpan mencukupi untuk menampung sisa hidup yang berbaki. Itu mungkin definasi persaraan bagi mereka yang terpaksa bersara kerana faktor usia.

Jangan terkejut apabila ada orang yang bersara diusia muda. Bagi golongan ini, retire young merupakan sat pencapaian yang amat tinggi dalam menguruskan kekayaan peribadi.

Ada pula yang dari awal sudah bersara dan tidak perlu bekerja. Mereka yang dapat melakukan perkara yang disukai sebagi kerjaya. Mereka tidak perlu bekerja.

Definisi bersara yang berbeza.

Bagi aku, bersara ini ialah fasa kehidupan yang sumber kewangan aku bukan lagi perlu diperah dari kudrat fizikal atau digembling dari kekuatan akal fikiran. Fasa persaraan bagi aku ialah mempunyai banyak masa lapang yang membolehkan aku bebas melakukan apa yang aku mahu tanpa perlu risau tentang duit.

Semestinya dalam fasa ini aku tidak mahu berhutang. Fasa ini ialah fasa aku menikmati hasil simpanan, buah pelaburan dan pelbagai pendapatan pasif sahaja. Buat ketika aku menulis ini, itulah definisi persaraan bagi aku. Langsung tiada kaitan dengan umur.

Bersara selepas menang RM 1 juta daripada Sijil Simpanan Premium BSN?

Dari remaja aku selalu tertarik dengan berita di akhbar yang mencanangkan nama pemenang SSP BSN. Durian runtuh sebanyak RM 1 juta ringgit. Begitu juga dengan gameshow yang bertajuk More Jutaria. Pemenangnya mendapat RM 1 juta.

Semalam orang biasa, keesokannya jutawan. Mimpi inidah yang selalu aku kagumkan. Apa khabar agaknya mereka sekarang? Kalau aku menang sejuta apa pula aku akan buat?

Ada antara mereka yang aku berjaya cari kisah selepas kemenangan RM 1 juta itu. Salah seorangnya sekadar menyimpan wang kemenangan itu sambil terus mengueruskan kedai menjual basikalnya.

Ada juga kisah yang sedih. RM 1 juta mengubah dari hidup biasa – biasa kepada rumah mewah, kereta mewah. membuat hutang yang lebih besar, mula berantakan rumah tangganya. Timbul rasa syak, rasa ingin menjauhkan diri dari saudara mara. Sedar di tengah jalan, mujur ada baki untuk melangsaikan hutang, kemudiannya, kembali hidup seperti asal.

Itu dalam negara Malaysia. Diluar negara juga banyak kisah pemenang loteri kembali papa dan merempat di jalanan.

Kesimpulannya, jumlah yang diperlukan untuk bersara itu berbeza. Satu yang boleh dipersujui hanyalah, keadaan paling baik untuk bersara ialah keadaan tanpa hutang. Bersara apabila kesemua hutang selesai.

Sebagai permulaan, simpan 15% daripada pendatan.

15% ini tidak dicampur dengan Tabung Kecemasan di peringkat awal itu. Tabung ini memang dikhaskan untuk pelaburan, dengan syarat, pelaburan yang sah dan risiko yang boleh diterima.

Simpanan di hari tua ..

Banyak orang yang kehilangan ‘modal’ pelaburan ini kepada skim cepat kaya, multi level, forex dan sebagainya. Kerana kurangnya ilmu dan mudah gelap mata dengan janji yang melangit tinggi.

Cuba renungkan nasihat- nasihat yang amat berguna yang sesuai dijadikan rule of thumb dalam melabur ini :

  • Jika pulangannya DIJAMIN melebihi 10%, berkemungkinan besar ia adalah penipuan.
  • Jika pulangannya bergantung kepada jumlah orang yang anda berja ‘tarik’ sebagai downline, berkemungkinan besar ianya ponzi scheme ataupun skim piramid.
  • Jika yang menarik anda perlu memaparkan kekayaannya, cerita sedihnya dari miskin kepada jutawan, tapi amat sedikit menyentuh tentang produk atau business plan nya, ia berkemungkinan besar penipuan.

Jadi, pilihlah laluan pelaburan yang betul-betul kita famahi. Pelaburan tiada yang tidak berisiko. Sertai hanya sekiranya anda faham risikonya. Dalam apa juga keputusan, pertahankan modal anda dalam setiap perlaburan. Biar hilang ‘peluang’ wang besar, asal modal tidak lebur.

Baby Step 5, Baby Step 6 dan Baby Step 7.

Walaupun Dave Ramsey mengesyorkan 7 langkah untuk mencapai status financial freddom, aku berpendapat mereka yang boleh mengusai empat langkah terawal ini sudah cukup unutk hidup selesa di Malaysia.

Langkah seterusnya adalah seperti berikut:

  • Baby Step 5 : Save for college
  • Baby Step 6: Pay off Mortgage (pinjaman perumahan)
  • Baby Step 7: Build Wealth and give.

Sedikit tentang Baby Step 5, kita harus ingat di negara mereka pendidikan tinggi itu mahal dan pinjaman pelajaran itu sukar. Walaupun murah bagi senario di negara kita secara perbandingan, menyimpan untuk pendidikan anak tidak boleh ditolak ketepi.

Untungnya, kita ada PTPTN yang menyediakan pinjaman pelajaran. Bagi mengelakkan anak menerima segulung ijazah bersama sebeban hutang, kita boleh menyimpan bagi pihak mereka ketika mereka masih kecil.

Menyiman dalam SSPN-i atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional amat tidak membebankan sekiranya ia dimulakan pada usia awal anak. Malah, akaun tersebut boleh dibuka atas talian dengan kaedah bayaran bulanan melali perbankan internet atau potongan gaji.

KLIK: Buka akaun SSPN-i Online.

Cari Keinginan Yang Kuat Untuk Kekal Bersemangat Mengurusan Kewangan Peribadi.

Akhir kata, bagi mereka yang telah didik ‘menjaga’ duit mereka daripada kecil biasanya tiada maslaah dalam menguruskan kewangan dan membina kekayaan.

Pengurusan kewangan peribadi sebenarnya tidak berkait rapat dengan berapa pendatan kita. Gaji besar boleh boros dan berhutang keliling pinggang, begitu juga gaji kecil.

Gaji kecil boleh hidup bebas tanpa hutang dan cukup serba serbi, apatah lagi gaji besar.

Jadi, carilah punca kenapa kita perlu berubah, kenapa kita perlu menabung dna kenapa kita perlu menguruskan dengan teliti setiap sen yang kita miliki.

Otak Kiri mengundur diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge