7 langkah untuk melangsaikan hutang mengikut kaedah Dave Ramsey: Baby Step 3

Setelah selesai langkah pertama, iaitu membuat Tabung Kecemasan Permulaan, Dave Ramsey mengesyorkan kita untuk menggunakan kaedah snowball effect untuk melangsaikan hutang – hutang ‘jahat’ satu persatu. Tabung sudah ada, hutang jahat sudah selesai.

Sekarang apa pula?

BABY STEP 3: Set-up fully funded emergency fund equivalent to 3-6 months of expense.

Jika masih ingat, tabung kecemasan yang pertama ialah sejumlah wang yang kita kumpul untuk digunakan saat betul-betul perlu bagi mengelakkan kita membuat hutang baharu. Saiz tabung ini yang disyorkan oleh Dave Ramsey ialah USD 1,000.

Bgai kita, boleh sesuaikan ikut keadaan, asalkan tidak bawah daripada RM 1,000. Jikalau hendakkan jumlah yang setara dengan cadangan Dave Ramsey, cuba semak kadar tukaran wang asing untuk ketahui seribu USD bersamaan berapa MYR.

Mudah sahaja, taipakn di carian Google; “USD 1000 to MYR”.

Dalam langkah ketiga membebaskan diri dari segi kewangan ini, kita berusaha membesarkan saiz Tabung Kecemasan kita, sekurang-kurangnya bersamaan dengan tiga kali ganda perbelanjaan bulanan.

Bagi yang gaji cukup-cukup sahaja setiap bulan, ianya bersamaan tiga bulan gaji kita.

Tips membina Tabung Kecemasan Bersaiz Tiga Kali Gaji.

Tidak semua pekerjaan menjanjikan keselamatan. Minta dijauhkan, tapi sekiranya esok kita tidak mampu bekerja dan hilang punca pendapatan, berapa lama simpanan kita mampu bertahan. Sebaik-baiknya kita boleh menyara diri dan keluarga selama tiga bulan sementara kita mencari pendapatan baharu.

Duit terkumpul sebenarnya boleh mengundang masalah sekiranya diurus dengan salah. Setelah sampai di Baby Step #3, kita mempunya simpanan sekurang-kurangnya USD 1,000. Duit yang kita sangka setimbun, selongggok, atau sebongkah ini sentiasa memanggil untuk digunakan.

Mungkin kita mudah untuk menahan diri daripada menggunakannya untuk membeli sesuatu, kerana kita masih ingat keperitan mengumpulkannya dan kejerihan melangsaikan hutang di Baby Step #2.

Apa yang menjadi musuh utama ialah, bisikan-bisikan halus yang mengajak kita melaburkan duit itu agar segera mencapai sasaran Baby Step #3. Cuba dengar betul-betul, melaburkan atau meleburkan.

Ingat. Duit ini bukan modal perlaburan, kerana duit yang dilaburkan ialah duit yang tidak menjejaskan kita sekiranya pelaburan itu hangus. Tabungan ini juga bukan modal untuk memulakan perniagaan atau seumpanya. Sekiraya mahukan modal, kumpul di tabung yang berasingan.

Wujudkan simpanan baharu dan asingkan daripada Tabung Kecemasan ini.

Pada masa ini mantera kita ialah; “Tabung Kecemasan ialah untuk tujuan kecemasan bagi mengelakkan kita terpaksa membuat hutang yang baharu.”

Pengajaran daripada The Richest Man in Babylon.

The Richest Man in Babylon merupakan satu karya yang baik untuk memberi kefahaman mudah kepada pengurusan kewangan peribadi. Nasihat yang terkandung didalamnya banyak diadaptasi dan diperhalusi dalam buku, ceramah dan blog pegurusan kewangan diri.

Jika belum baca, dapatkan senaskah.

Dalam buku tersebut, diringkaskan, seorang tukang meminta nasihat daripada seorang kaya di Kota Babylon. Nasihat pertama yang diterima, setiap sen yang diterima, simpankan 10% daripadanya. Kerana keazaman yang kuat, tukang tadi menyimpan 10 peratus dari setiap upah yang diterimanya sehingga genap setahun.

Bertemu lagi si Tukang dan Si Kaya; ini versi dialog yang diringkaskan. mengikut versi aku sendiri.

Si Kaya: Adakah kamu menurut nasihat aku?

Si Tukang: Ya, aku kumpul satu syiling dari setiap sepuluh syiling yang aku terima. Tidak aku gunakan sehingga genap setahun.

Si Kaya: Di mana simpananmu itu?

Si Tukang: Aku berikan kepada Si Pembuat Bata sebagai modal perniagaan batu permata. Si Pembuat Bata berlayar ke negeri jauh membeli permata untuk dijual di Babylon. Untungnya kami janji akan bahagi sama rata.

Si Tukang: Malangnya Si Pembuat Bata telah tertipu, yang dibelinya buka batu permata, hanya kaca dan batu biasa yang tiada nilainya.

Ada sambungan kepada cerita tersebut.

Buat masa ini cukuplah kita fokus kepada betapa senangnya duit yang kita tabung, hilang kesemuanya kerana terpikat dengan keuntungan yang belum pasti, yang dijanji oleh orang yang bukan ahli.

Atau, dengan kata lain yang lebih ringkas.

Jauhkan Tabung Kecemasan anda daripada Skim Cepat Kaya dan MLM.

Tabung Kecemasan Akan Membesar Lebih Cepat Dari Apa yang Disangka.

Ingat tak betapa perlahannya kita mengumpul duit di Baby Step #1. Dengan hutang masih di keliling pinggang, kita berusaha, mungkin mengikat perut, mungkin berkerja siang malam, untuk mewujudkan Tabung Kecemasan bersaiz USD 1,000 itu.

Kemudian kita berjuang pula membayar hutang. Juga masih perlahan pada hutang yang pertama. Namun, kaedah snowball yang dibincangkan sebelum ini amat membantu untuk melangsaikan hutang seterusnya. Kenapa?

Jawapannya mudah. Cashflow ataupun aliran tunai.

Duit habis sebelum gaji dan terpaksa berhutang? itu aliran tunai negatif. Hutang akan menjadi makin besar. gali lubang untuk tutup lubang. Makin lama – makin dalam, kerana bunga yang berjambak-jambak.

Baby Step #1 memaksa kita menjadikan aliran tunai kita kembali positif. Terima sahaja duit, gaji, upah, atau komisyen, 10% disimpan kedalam Tabung Kecemasan.

10% itulah cashflow positive atau aliran tunai positif kita.

Kemudian, di Baby Step #2, kita melangsaikan hutang satu demi satu dengan 10% tersebut. Selesai hutang pertama, kita mula ‘menyerang’ hutang kedua. Pada masa ini Cashflow kita telah meningkat daripada 10% kepada peratusan yang lebih besar. Bergantung kepada komitmen bulanan hutang pertama yang berjaya dilangsaikan.

Komitmen tersebut kini menjadi cashflow tambahan kepada 10% tadi, kita gunakan untuk menutup hutang kedua. Itu di Baby Step #2.

Pada tahap Baby Step #3 kita telah langsaikan semua hutang jahat kita. Aliran tunai sudah jauh lebih besar daripada 10% pada permulaan perjuangan kita mencapai kebebasan kewangan.

Jadi Saiz tiba bulan perbelanjaan akan cepat dicapai, selagi dua pantang dalam Baby Step #1 dan Baby Step #2 masih dipatuhi, iaitu:

  • Tidak membuat hutang baharu.
  • Tabung Kecemasan hanya untuk kecemasan. Jika digunakan, penuhkan kembali ke saiz asalnya.

Baby Step #3 akan tercapai dan kita boleh melangkah ke Baby Step #4.

Otak Kiri mengundur diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge