7 langkah untuk melangsaikan hutang mengikut kaedah Dave Ramsey: Baby Step 2.

Bagi mengenali serba sedikit tentang Dave Ramsey dan membaca tentang Baby Step 1 boleh klik di pautan ini.

Setelah selesai membina Tabung Kecemasan Permulaan dan mencapai sasaran jumlah yang diingini, kita boleh beralih kepada Baby Step #2. Langkah kedua dalam 7 langkah membebaskan diri daripada hutang seperti yang disyorkan Dave Ramsey.

Dalam langkah kedua ini kita akan membayar habis kesemua hutang kita satu per satu.

Step 2: Use The Debt Snowball To Clear All Debt Except Housing.

Disenarai hitam kerana hutang, atau tidak boleh keluar negara kerana hutang PTPTN adalah satu masalah besar dalam pengurusan kewangan peribadi. Tidak kira sebesar mana rumah atau semewah mana kereta yang dimiliki, jika nama dalam senarai hitam, kita sudah gagal.

Langkah kedua ini bermula dengan kita menyenaraikan kesemua hutang yang kita miliki beserta jumlah minima bayaran bulanan yang diperlukan. Sebagai memudahkan contoh, andaikan kita mempunyai 3 hutang sahaja, seperti di bawah.

Hutang A: RM 250 sebulan, berbaki RM 15,000 dengan intrest 8% setahun.

Hutang B: RM 500 sebulan, berbaki RM 40,000 dengan intrest 4% setahun.

Hutang C: RM 300 sebulan, baki 20,000 dengan intrest 7% setahun.

Secara bulanan, kita memerlukan RM 1,050 sebulan untuk membayar hutang-hutang ini setiap bulan. Jangan risau, kita akan mampu membayar kesemua hutang ini, dengan kaedah snowball kerana kita telah berjaya mengumpul jumlah Tabung Kecemasan dalam Baby Step #1.

Jangan salah faham, Tabung Kecemasan Permulaan itu bukan untuk menyelesaikan hutang ABC ini.

Sebelum ini kita telah berjaya secara konsisten menyimpan sebanyak RM 100 sebulan. Teruskan menyimpan dengan jumlah ini di satu tempat atau akaun yang berbeza dengan Tabung Kecemasan itu. Aku namakan tempat kedua ini Tabung Snowball.

Sambil itu terus membayar komitmen bulanan seperti biasa.

Tabung snowbal ini akan berkembang RM100 sebulan sehingga jumlah terkumpulnya nya boleh membayar hutang A, B, Atau C secara lump sump. Jadi, selepas menyenaraikan hutang A, B dan C tadi, kita pilih satu untuk dijadikan sasaran untuk dibayar secara lump sump.

Ada dua pilihan di sini, sama ada, menjadikan hutang paling kecil sebagai sasaran atau hutang paling tinggi intrestnya sebagai sasaran untuk yang pertama dilangsaikan.

Jika memilih hutang yang paling kecil, kelebihannya ialah kita akan lebih cepat berjaya ‘menutup’ satu hutang dengan lebih awal.

Ia mampu memberikan kita semangat untuk ‘menutup’ hutang seterusnya.

Jika memilih hutang yang tinggi bunganya, kita akan dapat mengurangkan jumlah yang dibayar untuk intrest walaupun kadang – kala, masanya agak panjang.

Kedua-dua cara berfungsi, tidak perlu fikir panjang dan buatlah satu ketetapan segera. Jika masih sukar, lambung sahaja syiling. Bagi aku yang mana satu langsai dahulu adalah tidak penting, yang penting ada yang langsai.

Apabila Tabung Snowball sudah menyamai baki hutang.

Dalam contoh di atas, aku menetapkan hutang A sebagai sasaran pertama. Setiap bulan bayar seperti biasa. Setiap bulan juga aku menyimpan RM 100 ke dalam Tabung Snowball. Sepanjang tempoh ini aku hanya perlu bersabar dan menahan diri dari melakukan pembeli yang tidak sepatutnya.

Pabila jumlah mencukupi, kita akan gunakan Tabung Snowball itu untuk membuat bayaran lumpsump dan seterusnya mengakhiri Hutang A.

Mungkin ada yang terfikir kenapa tidak bayar sahaja extra RM350 untuk hutang A? Jawapan aku begini.

Jika dibayar berlebihan dari bayaran bulanan, duit itu akan serta merta menjadi duit bank, bank akan melaburkan duit itu dan menikmati dividennya.

Jika disimpan sendiri, dividen yang bakal dijana boleh membantu kita memenuhkan Tabung Snowball itu. Sesetengah pinjaman pula memberikan diskaun bagi penyelesaian awal hutang. Ataupun memulangkan baki caruman insurans bagi pinjaman yang dijamin insurans.

Selagi duit itu ditangan kita, kelebihan di pihak kita. Jika duit itu di tangan bank, kelebihan itu di pihak bank.

Photo by Victoria Borodinova from Pexels

Setelah selesai menutup hutang pertama.

Apa akan terjadi setelah Hutang A habis dibayar? RM 100 sebulan yang kita simpan untuk Tabung Snowball tadi akan meningkat kepada simpanan RM 350 sebulan. Bagaimana?

Walaupun Hutang A telah habis dibayar, kita tidak membuat hutang yang baharu. Jadi, abyaran bulanan bagi Hutang A tadi kininya dijadikan bayaran bulanan Tabung Snowball kita, ditambah dengan bayaran RM100 sebulan kepada diri kita sendiri tadi.Jumlahnya RM 350

Bayangkan kita bos yang mempunyai tiga orang perkeja. Setiap pekerja akan berhenti apabila sudah mengumpul RM10,000. Pekerja pertama berhenti, namun gajinya tetap kita bayar kepada pekerja kedua sebagai tambahan kepada gaji dia sedia ada. Maka lebih cepatlah Pekerja Kedua berhenti. Bayangkan pula Pekerja terakhir yang menerima tiga gaji sekaligus.

Begitulah lebih kurang analoginya.

Apabila Tabung Snowball berjaya mencecah jumlah baki yang sama dengan Hutang B, maka kita bayar secara lump sump Hutang B itu dengan apa yang terkumpul dalam Tabung Snowball tadi.

Tabung Snowball kembali kosong dan kita bermula semula untuk menewaskan hutang yang terakhir. Cuma, kali ini senjata kita lebih besar. RM100 daripada tabungan bulanan untuk Tabung Kecemasan + RM 250 daripada duit yang dahulunya kita bayar untuk hutang A + RM 500 pula daripada ansuran bulanan yang biasanya kita bayarkan untuk Hutang B.

Jumlahnya RM 850, disimpan setiap bulan secara konsisten ke dalam Tabung Snowball. Bayangkan betapa cepatnya Hutang C akan dapat dialngsaikan secara lump sump.

Itulah yang dikatakan kedah snowball, kaedah bola salji, atau Snowballing effect. Kaedah ini amat berkesan untuk menyelesaikan hutang yang banyak. Kelebihannya ialah hutang kedua akan lebih mudah diselesaikan berbanding hutang sebelumnya kerana momentum menyimpan yang terbina.

Dengan syarat, tiada hutang baharu yang dibuat. Hatta hutang member office sekalipun.

Kita perlu mempunyai BIG WHY yang amat kuat untuk merealisasikannya.

Semua orang pernah merasa hina kerana wang. Sama ada yang miskin atau kaya, di satu titik dalam kehidupan ini, pasti kita pernah merasa hina, merasa down pada ketika kesempitan duit.

Menebalkan mula meminjam-minjam. Menahan sebak tidak dapat membelikan sesuatu buat yang tersayang. Atau tersengah bak kerang busuk kerana kita tahu sesuatu itu diluar takrif mampu kita.

Ingatkan detik itu, sematkan rasa itu. Jangan jadikannya kisah duka lara kesedihan yang mengundang air mata. Sebaliknya jadikan pengalaman itu tenaga. Setiap kali kita culas menyimpan untuk diri sendiri ingatkan kembali kenapa kita menyimpan.

Nak hidup bebas hutang.

Nak Kahwin.

Nak moto.

Nak kereta.

Nak rumah; atau apa sahaja. Lagi kuat keinginan itu lagi gigih kita bakal menyimpan.

Apa yang dikatakan “except housing”

Dave Ramsey menegaskan untuk mencapai status debt free langkah pertam ialah mewujudkan Tabung Kecemasan Permulaan. Kemudian Menyelesaikan kesemua hutang menggunakan kaedah snowball effect, kecuali hutang membeli rumah.

Kenapa?

Daripada apa yang aku fahami, hutang membeli kediaman ialah hutang baik. Nilai rumah pula meningkat kadah kala menjadi lebih mahal daripada baki hutang di bank. Jadi tiada keperluan untuk menglangsaikan hutang rumah dengan tergesa – gesa.

Bayangkan pula apabila kesemua hutang ABC tadi selesai, kita akan memiliki RM 1,150 setiap bulan yang tidak tahu hendak dikemanakan. BAyangkan pula bermula dari Baby Step 1 tadi, jumlah yang berjaya disimpan bukan RM100, sebaliknya lebih tinggi.

Anda akan melepasi dua tahap permulaan ini dengan lebih cepat, dan mungkin juga bergaya.

Maka pada Saat itu kita melangkah ke Baby Step #3.

Otak Kiri mengundur diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge