4 Langkah Kilang OEM Membantu Founder Menghasilkan Produk Jenama Sendiri.

Jenama adalah segalanya. Mungkin bukan segalanya, tetapi jenama mampu membantu mengubah seorang bakal pembeli kepada pengguna tetap hanya kerana keyakinan terhadap jenama tersebut. Jika diteliti dalam perbualan seharian kita, terdapat jenama yang sudah menjadi sinonim dengan produk itu sendiri.

Contohnya lampin pakai buang, apapun jenamanya tetap di panggil ………….

Begitu juga dengan ubat gigi :” Nak ………………… jenama apa?”, walhal yang disebut itu tadi sendiri ialah jenama.

Begitulah contoh jenama yang telah mendominasi pasaran. Bagaimana pula jenama barangan kosmetik? Teringin memiliki produk dengan jenama sendiri?

Kilang OEM menghasilkan produk jenama sendiri: white label product.

Sebahagian besar pengguna tidak sedar, sedang mereka bertegang urat leher memenangkan jenama produk kecantikan yang digunakannya, rupa-rupanya kedua jenama yang didebatkan itu dihasilkan di kilang yang sama. Sedangkan dua kereta jenama tempatan dan jenama ‘import’ pun boleh dipasang di kilang yang sama inikan pula kosmetik.

Rebranding ataupun rebadge, itulah istilah yang biasa kita dengar bagi produk yang sama dengan jenama yang berbeza.

Contohnya begini.

Andaikan sebuah kilang OEM kosmetik telah berjaya menghasilkan satu produk kecantikan yang terbukti berkesan; contohnya krim pemutih ketiak. Jika kilang yang dimiliki syarikat jenama tertentu sepenuhnya, krim pemutih ketiak ini akan dibungkus, dipasarkan dan dijual kepada pengguna. Dalam situasi ini, syarikat itu perlu menguruskan dari alif sehingga ya, daripada penghasilan produk sehinggalah produk tersebut berjaya ditempatkan di para-para kedai jamu, pusat kecantikan dan pasaraya.

Banyak yang perlu diuruskan. Kilang OEM mengambil pendekatan berbeza.

Produk kecantikan yang telah berjaya dihasilkan tadi dijual sebagai white label product atau istilah yang lebih mesra alam; produk yang belum dijenamakan. Produk ini akan dijual hakciptanya kepada usahawan yang berhajat memulakan perniagaan produk kosmetik jenama sendiri. peluang kepada mereka yang ingin mencipta nama (dan kekayaan).

Kita andaikan tiga usahawan berminat dan perjaya mendapatkan produk tersebut.

Usahawan pertama menggunakan The Ketiaks sebagai jenama. Beliau meminta formula itu ditambah dengan perisa pandan untuk menerbitkan aroma yang lebih segar disamping memutihkan tempat yang amat tidak menarik sekiranya hitam. Langkah seterusnya, beliau mempelawa mereka yang bermodal besar menjadi stokis dengan menjanjikan bimbingan pemasaran, syaratnya sejumlah besar produk haruslah dibeli.

Berkat ilmu pemasaran media sosial beliau dan e-book “365 Ayat Emosi Mudah Viral“, stokis tadi berjaya dilatih dengan cemerlang. Stokis-stokis tadi kemudiannya berjaya pula mencari beribu orang dropshipper yang dengan larisnya memasarkan The Ketiaks.

The Ketiaks menjadi viral dan lahirlah seorang founder produk kecantikan jenama sendiri yang bergelar jutawan.

Usahawan kedua pula menggunakan jenama Tender Under untuk produk yang sama dibeli di kilang OEM tadi. Katanya, jadikan krim itu bewarna tanah, agak kelihatan lebih organik. Dengan modal yang besar, beliau berjaya mengikat seorang pelakon gebu sebagai duta produk, dan sebagai pelengkap seorang penyayi macho bersuara garau juga dipinang sebagai duta. Slot iklan di kaca TV di waktu puncak sebaik sahaja tamat berita berjaya diperolehi beserta dengan semua papan iklan dari Sepang ke KLIA.

Tender Under menjadi bualan dan terkenal dengan cepat. Jualan meningkat sehinggakan pasaraya yang menjualnya terpaksa restock setiap hari Rabu. Tidak kurang peniaga atas talian yang ligat mengutip deposit bagi preorder produk Tender Under.

Tender Under menjadi buruan, setiap hari meningkat jualan, usahawan kedua kini bergelar jutawan.

Malangnya, bagi usahawan ketiga, beliau gagal. Hakikatnya memang sebegitu. Tidak semestinya semua yang berhasrat menjadi pengasas produk kecantikan jenama sendiri itu pasti berjaya.

Sudah tentu kita kagum, terhibur dan bersemangat apabila membaca kisah kesusahan seorang usahawan memulakan perniagaan dan sekarang berjaya. Cerita begini menjadi inspirasi kita semua. Tetapi ingatlah, cerita ini boleh sampai ke telinga kita kerana mereka telah berjaya.

Bagi yang senasib dengan usahawan ketiga, kegagalan mereka bertimpa-timpa, suara mereka terkubur bersama terkuburnya impian untuk menjadi founder produk kcantikan.

Apa yang terjadi dengan usahawan ketiga sebenarnya?

Ilmu Pengetahuan, Tangkal dan Pendinding Alam Perniagaan.

Jangan terlampau mendewakan kemistikan. Bukan, Usahawan ketiga tidak disihir atau sebagainya. Banyak masalah (atau boleh juga dibaca sebagai cabaran) yang sering dialami pengusaha produk jenama sendiri. Mari kita senaraikan.

  • Ditipu pembekal, bayaran dibuat, produk tidak sampai.
  • Kilang menghasilkan produk tidak mengikut spesifikasi.
  • Lambakan stok kerana pemasaran yang gagal.
  • Produk mengandungi bahan terlarang dan tidak diluluskan KKM (tiada holgram sticker)
  • Produk ditiru, dicetak rompak, dipalsukan.
  • Ditipu rakan kongsi.
  • Disaman pengguna.

Kesemua itu menakutkan. Hanya mereka yang berani sahaja boleh berjaya dalam usaha melahirkan produk sendiri melalui pengilangan tempatan. Jadi, sebagai persediaan, ilmu pengetahuan itu penting untuk mereka yang pertama kali ingin menghasilkan dan memasarkan produk jenama sendiri.

Belajar dari buku, belajar dari seminar, belajar dari mentor, dan selepas itu belajar dari pengalaman. Itulah urutan paling selamat setakat ini. Ada orang yang terus mengeluarkan modal kepada kilang, tetapi hasilnya mengecewakan. Mereka ini akhirnya berjaya selepas gagal. Pengalaman mereka mahal. Jadikan mereka mentor.

Apakah maksud Kilang OEM?

Original Equipment Manufacturer itu ialah nama penuh bagi OEM. Maksudnya ialah sesebuah kilang yang mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan sesuatu produk pada spesifikasi tertentu. Produk ini tidak dicap ataupun tiada jenama. Owner produk yang menentukan jenama, cara ia dibungkus dan sebagainya berkaitan luaran dan pemasaran produk tersebut.

Kilang OEM tidak terhad kepada penghasilan produk kecantikan atau produk kosmetik sahaja. Secara luasnya produk OEM boleh meliputi apa jua barangan yang boleh dijenamakan semula. Ini termasuklah produk makanan, minyak wangi, produk kesihatan, ubat-ubatan sehinggalah alat ganti kenderaan.

Kilang OEM yang bagus menyediakan khidmat yang menyeluruh

Photo by Edward Jenner from Pexels

#1: Kilang OEM akan membantu anda menentukan kandungan dan resepi produk jenama sendiri yang anda inginkan.

Kilang OEM yang bagus akan menawarkan perkhidmatan bermula dari peringkat penentuan isi kandungan produk. Kebiasaannya pihak pengilang sudi berbincang dan mencadangkan igredients yang sesuai dengan pasaran semasa. Contohnya, jika pada suatu masa dahulu habbatussauda  menjadi popular, pada masa yang lain ektrak buah delima mendapat perhatian pelanggan. Trend ini akan dibincangkan bersama bakal owner product.

Idea dari kedua belah pihak boleh mennghasilkan produk yang bermutu. Pihak pengilang dapat memastikan produk yang ingin dikilangkan menepati standard yang amat dijaga bagi memastikan status pengilangan mereka. Pihak pembuat pula boleh mengetengahkan idea yang menepati citarasa mereka, kebiasaanya dari segi bau, rupa bentuk dan warna produk.

#2: Kilang OEM mempunyai BioTech Engineer, Formulator & Pakar Herba yang diiktiraf.

Kebiasaanya kilang mempunya beberapa formula ‘umum’ yang akan digunakan sebagai asas penghasilan produk. Sebagai contoh kita ambil perbincangan untuk menghasilkan minyak rambut. Daripada resepi asal ini owner produk boleh mengutarakan hasrat untuk memasukkan elemen tertentu.

Sebagai contoh owner produk mahukan pati daun sireh dimasukkan, tetapi mahukan minyak tersebut mempunyai wangian daun pandan. Pihak kilang akan menggunakan kepakarannya mengubahsuai formula produk itu untuk menepati kehendak owner product. Produk contoh akan dihasilkan. Sekiranya pelanggan bersetuju, barulah produk tersebut akan dikilangkan.

3# Kilang OEM yang bagus membantu owner produk sepenuhnya sehingga produk sedia untuk dijual.

Kos untuk menghasilkan produk sendiri amat jauh berbeza dari satu kilang berbanding kilang yang lain. Perbezaan ini disebabkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kilang tersebut. Mungkin ada kilang yang lebih murah, tetapi memerlukan pelanggan mencari sendiri pembekal bahan mentah.

Kilang yang bagus biasanya akna memberikan perkhidmatan penuh, bermula daripada mencari pembekal bahan mentah, membeli botol dan pembungkusan sehingga mendaftarkan produk tersebut dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hanya kilang yang mempunyai status GMP sahaja boleh membantu penlanggan dengan pendaftaran di KKM.

GMP bermaksud Good Manufacturing Practice (GMP) atau Amalan Pengilangan Yang Baik.Pensijilan ini ialah satu pengiktirafan yang diberikan kepada industri yang mencapai piawai pengeluaran yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatanyang ditetapkan.

Amat berisiko jika beban mendapatkan kelulusan KKM ini diletakkan kepada owner product. Sekiranya gagal, pemilik produk akan terpaksa menanggung lambakan stok yang tidak boleh dijual. Jika pensijilan KKM ini dibantu oleh pengilang, pengilang boleh menghasilkan test batch dan melakukan pengeluaran berskala besar setelah kelulusan diperoleh.

4# Ada kilang OEM yang menawarkan pakej bantuan dari segi pemasaran.

Walaupun produk yang dihasilkan hebat, tanpa pemasaran, produk ini tidak akan dapat perhatian pengguna. Pemasaran, pengiklanan dan bagaimana produk itu akan dijual sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada product owner. Jika strategi mereka berjaya, jualan mereka akan meningkat dan membawa punlangan yang lumayan.

Ramai pemilik produk yang gagal di peringkat ini dan menyebabkan produk mereka tidak berjaya dijual.

Sebagai kilang yang proaktif, mereka akan membantu dari segi pemasaran. Tujuannya ialah untuk membolehkan produk tersebut habis dijual dan owner product akan menambah pesanan di kilang mereka. Ini yang dikatakan sebagai win-win situation.

Pilihan yang tepat, keuntungan berlipat.

Jika ingin meceburkan kaki ke bidang penghasilan produk jenama sendiri, bolehla mula berbincang dengan kilang-kilang OEM yang berhampiran. Sekiranya tidak tahu kewujudan mereka, boleh dapatkan senarai di dalam buku panduan ini.

Mudahnya Menjadi Owner Produk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge