2 rancangan kewangan peribadi yang sering diabaikan.

Merancang dan menguruskan kewangan peribadi ialah ilmu dan kemahiran. Sebagaimana ilmu dan kemahiran yang lain, ianya boleh dipelajari, dan jika ingin mahir, ianya memerlukan latihan. Kesalahan dan kesilapan jika diambil dari sisi positif, boleh dijadikan pengalaman berharga.

Mendapatkan ilmu kewangan peribadi, kini mudah. Buku dalam bahasa inggeris dna bahasa ibunda sudah mula banyak dipasaran. Malahan, setiap buku mempunyai penjurusannya yang tersendiri. Terdapat buku yang mengajar menguruskan gaji, menjadikan saham sebagai pencetus kewangan, atau menceburi bidang hartanah sebagi pelaburan.

Pendekatan yang pelbagai untuk kaya, menjadi jutawan, memiliki pendapatan pasif enam angka ini kadang kala boleh melemaskan. Selain daripada buku, ilmu mencari kekayaan ini turut di curahkan dalam seminar berkos tinggi, dalam bentuk personal coaching dan juga kelas online. Malahan, ilmu ini turut boleh diperoleh secara percuma melalui bacaan blog atau hantaran di media sosial.

Oleh kerana terlampau banyak ‘cara untuk kaya’, kadang kala kita sebagai orang biasa yang baru berjinak dan hendak belajar menguruskan kewangan peribadi sendiri, mudah merasa terkeliru. Dengan modal yang sedikit dan memakan masa yang lama untuk dikumpulkan, pilihan pelaburan yang salah akan menghilangkan kesemua modal yang ada. Lebih teruk lagi, kita dihadiahkan pula dengan rasa kesal dan takut untuk melabur.

Jadi, apakah jalan pelaburan yang selamat.

2 pilihan mudah untuk pelaburan berisiko rendah yang sering diabaikan.

Pelaburan sentiasa datang bersama risiko. Jangan sesekali mempercayai seseorang yang menggunakan perkataan pelaburan tanpa risiko. Pelaburan dan risiko boleh diumpamakan seperti kembar siam yang seiras dan bercantum sentiasa, yang tidak dapat dipisahkan oleh mana-mana doktor didunia ini.

Walau bagaimanapun, pelaburan berisiko rendah atau pelaburan yang menjamin modal tidak akan hangus, bukanlah mitos. Memang banyak pelaburan sebegini, tetapi punlangannya rendah. Malah, pelaburan sebegini sering pula ‘menyamar’ dengan nama simpanan.

Jangan lekas menjauhkan diri apabila terdengar ayat pulangan yang rendah. Ianya tidak serendah mana, malahan cukup berbaloi bagi kebayakan orang dan orang kebanyakan.

Albert Enstain, minda yang pernah satu ketika dinobatkan antara minda terbijak di dunia menyatakan keajaiban ke lapan dunia ialah compounded interest. Kata bijaksana ini haruskah kita ketepikan sebegitu sahaja?

Seorang kawan pernah memberi nasihat: “Kalau kau ada seringgit, jangan fikir apa kau boleh dapat beli dengan seringgit itu. Tapi fikir, bagaimana seringgit itu boleh menjadi seringgit sepuluh sen, seterusnya seringgit dua puluh sen”.

Kalau tak sabar bolehlah terus berfikir bagaimana seringgit boleh menjadi sejuta.

Tetapi, menggunakan kesan compounding interest ini kita sudah boleh melupakan bahagian ‘berfikir’ itu. Malah kita boleh terus melupakan seringgit itu, dan membiarkannya bekerja untuk kita. Sesuatu yang sering diucapkan oleh golongan yang berada; Lets the money work for you.

Jadi bagi kita, yang cetek ilmu pelaburannya, apa pilihan yang ada untuk seringgit kita?.

Tidak menjadi maslah mengidamkan kekayaan.

Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Simpanan Tabung Haji.

Letakkan persoalan yang mana satu lebih bagus ke tepi dahulu. Menyimpan ialah satu kaedah pelaburan yang memerlukan ilmu yang sedikit dan mudah dilaksanakan oleh semua peringkat, dengan jaminan modal dilindungi.

Sebelum mula menyimpan kita perlu mempersiapkan mental kita. Menggunakan medium ASB dan Tabung Haji merupakan kenderaan pelaburan yang perlahan, tapi selamat.

Dari segi mental kita perlu sediakan sasaran yang realistik, dan mempunyai jangkamasa yang tetap. Sebagai contoh, boleh ditetapkan umur sebagai sasaran. Mungkin pelaburan ini merupakan sara hidup kita sesudah persaraan, maka tetapkan umur 55 atau 60 sebagai sasaran.

Sehingga sasaran umur itu, simpanan ataupun pelaburan ASB dan tabung haji ini jangan diusik langsung. Namun, kecemasan tetap wujud dan pada masa itu kita perlu kepada wang. Bagi mengelakkan kita mengusik dana ASB atau Tabung Haji ini, wujudkan dahulu tabung kecemasan yang bersaiz tiga kali keperluan bulanan kita sekarang, buat permulaan.

Bagaimana mewujudkan Tabung Kecemasan tidak akan dibincangkan dalam artikel ini.

Selain daripada jangkamasa melabur, sasaran pelaburan juga perlu jelas. Berapa ribu perlu disimpan, berapa ratus ribu dalam jangkamasa itu, simpanan kita perlu ada.

Dengan dua dimensi saaran yang jelas, iaitu jangka masa dan jumlah ringgit, kaedah mengyimpan untuk melabur ini akan menjadi lebih mudah.

Kenapa melabur di ASB dan Tabung Haji lebih mudah.

Perbincangan tentang pelaburan ASB tidak dapat lari daripada topik pinjaman ASB. Terlalu ramai yang mengesyorkannya, mempromosikan malah menawarkan pinjaman ini.

Pada pendapat peribadi aku, aku tidak mengesyorkan meminjam untuk melabur, sama ada di ASB atau di pasaran saham. Kebebasan daripada hutang itu jauh lebih bernilai dari jumlah angka di dalam buku ASB.

Dalam promosi pinjaman ASB yang disajikan kepada aku, sungguh banyak sekali contoh kejayaan yang dicanang. Tapi, tidak dicertakan pula contoh kegagalan. Aku mengambil inisiatif mencari kisah kegagalan pinjaman ASB yang biasanya bersifat peribadi, tidak dikongsi, malah dirahsiakan.

Keputusannya, aku memyimpulkan menyimpan secara berdikit lebih berbaloi daripada meminjam dalam jumlah yang banyak untuk menjadikan akaun ASB anda obes.

Pinjaman akan menimbulkan komitmen bulanan, komitmen bulanan ini akan memakan dividen tahunan. Dividen tahunan ini pula langsung tidak dijamin sentiasa lebih tinggi daripada kadar bunga pinjaman kita.

Dan jangan lupa, komitmen bulanan yang gagal dipenuhi akan mendatangkan kesan negatif kepada kita. Hutang akan bertambah bersekali denda, rekod di CTOS dan CCRIS akan terjejas.

Namun, jika pendekatan yang diambil ialah menyimpan secara bulanan dalam bentuk tunai, segalanya akan berubah.

Tidak memiliki hutang merupakan satu kebebasan yang kadang kala tidak dimiliki oleh jutawan. Betul, hampir mustahil untuk hidup di dunia sekarang tanpa memiliki sebarang hutang kepada bank. Tetapi, biarlah hutang itu setakat hutang membeli rumah atau hutang pendidikan. Pernah dengar istilah hutang baik dan hutang jahat?

Menyimpan secara tunai setiap bulan, memupuk displin. Dalam keadaan semua orang gigih menabung apa yang lebih, kita menjadikan menyimpan sebagai keutamaan. Ingat kepada formula indah ini:

Pendapatan – Simpanan = perbelanjaan.

Somebody wise

Maksudnya apabila dapat duit, simpan dahulu, lebihan setelah menyimpan itu sahajalah yang boleh dibelanjakan. Bukan sebaliknya. Bukan dapat duit, beli segala ‘keperluan’ baki baru disimpan. Jika itu praktis kita, kita akan sering gagal menyimpan, kerana ‘keperluan’ itu tidak pernah cukup, maka setiap bulan tiadalah lebihan untuk disimpan.

Rahsia kepada kejayaan melabur dangan cara menyimpan di ASB dan Tabung Haji ini sebenarnya terletak kepada kesabaran. Istilah berakit-rakit ke hulu itu di sinilah aplikasinya.

Kenapa ramai yang mengabaikan menyimpan di ASB dan Tabung Haji?

Kebanyakan orang akan merasa turn off kerana andaian Tabung Haji dan ASB memberikan pulangan yang sedikit. Pulangan ‘sedikit’ ini sebenarnya tidaklah sesedikit mana. Jika tidak, tiadalah pihak bank yang berebut rebut mahu memberikan pinjaman kepada mereka yang mahu menyimpan di ASB. Menyimpan di ASB itu menguntungkan, dan pihak bank mahukan sebahagian daripada keuntungan itu dengan menjadikan kita, penyimpan, sebagai orang tengah.

Memang wujud pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang tinggi, kadang kala melebihi 100%. Perkara yang kita perlu ingat, pulangan 100% itu mungkin datang bersama risiko kehilangan 100% modal pelaburan.

Tanpa ilmu, mungkin kita adalah golongan yang kehilangan segalanya, 100% modal pelaburan. Penasihat pelaburan boleh memberikan pelbagai ramlaan, panduan, laporan tentang peluang pelaburan dan gempita guruh dilagit. Tapi tiada yang boleh menjajikan hujan akan turun.

Janganlah dikosongkan air di dalam tempayan itu.

Pelaburan haruslah dianggap sebagai perniagaan. Pertama pelaburan/perniagaan memerlukan modal. Kedua, pelaburan/perniagaan tidak menjanjikan keuntungan atau kerugian, ianya bergantung kepada usaha, pengetahuan dan rezeki. Ketiga perniagaan/pelaburan boleh menyebabkan modal hangus kesemuanya.

Nasihat paling berguna dalam melabur dan menyimpan ialah bermulalah secepat mungkin. Kekayaan memerlukan kesabaran dan masa. Adakalanya, mungkin kita boleh tersalah pilih jalan, jadikan ia pengajaran dan jangan serik untuk menyimpan dan melabur.

Satu perkara yang harus diingatkan ialah apabila kita fokus kepada menyimpan, sifat kedekut akan mula menjalar. Puncanya mudah. Kerana kita mempunyai sasaran untuk dicapai, dan seboleh-bolehnya, kita mahu mencapainya secepat mungkin.

Perasaan ini akan membawa kepada perasaan tidak cukup dan apabila kita berasa tidak cukup, maka duit kita akan sentiasa tidak cukup. Tidak cukup untuk disimpan, tidak cukup pula untuk dibelanjakan.

Perasaan tidak cukup ini boleh ditangani dengan bersedekah atau memberi. Sambil menyimpan untuk diri sendiri sebahagian lain pula kita gunakan untuk memberi. Sentiasa rajin memberi ini akan mewujudkan perasaan kita ada cukup duit.

Perasaan ini penting. Dengan merasa cukup dengan apa yang ada, kita mampu menyimpan, berbelanja dan memberi. Perasaan inilah yang boleh menarik lebih banyak rezeki.

Menyimpan di dalam ASB dan Tabung Haji boleh menjadi pelaburan yang tidak menyesakkan minda.

Kesimpulannya, bagi mereka mahukan perkara di bawah, ASB dan Tabung Haji ialah pilihan yang termudah.

  1. Melindungi modal pelaburan.
  2. Boleh menanti lama untuk mendapat pulangan.
  3. Boleh mengenepikan kesemua modal yang ada dan tidak menggunakannya untuk tujuan lain.
  4. Mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang medium pelaburan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge