105 Template Headline PADU. Salin dan Pinda Ikut Keperluan.

Kenapa berniaga online senang berjaya pada setengah orang dan susah untuk dapat sales bagi sebahagian orang yang lain? Seronok kan, tiba-tiba dengar channel Youtube yang dibuat untuk suka-suka akhirnya mendapat ratusan ribu views dan like sehingga boleh mendatangkan pulangan.

Begitu juga berniaga di Facebook sama ada produk sendiri atau sebagai ejen dropship, ada yang sebulan dua sudah menjana beribu-ribu sales ada yang bertahun masih tenggelam timbul.

Usaha Tangga Kejayaan. Usaha yang betul.

Dalam banyak e-book dan seminar keusahawanan online, antara ayat paling popular ialah take action. Tiada tindakan tiada hasil. Duduk goyang kaki, habuk pun tak datang. Hangat-hangat tahi ayam, tak merasa apa. Fokus utama bagi seorang yang mahu berjaya dalam bidang pemasaran online ialah kemahuan untuk bertindak.

Tidak dinafikan itulah asasnya. Dalam lingkungan kawan-kawan kita yang mengiklankan produk dan servis mereka secara online ada yang menghabiskan banyak modal untuk pengiklanan. Malah ada yang mengupah orang untuk menulis ayat iklan atau copywriting bagi perniagaan mereka, dengan harapan, ayat-ayat sales tersebut dapat menjana lead dan seterusnya membawa kepada pelanggan yang membeli.

Tidak kurang pula yang menghabiskan masa berjam-jam sehari mengoptimumkan paparan blog, menulis artikel, membuat posting di facebook dan kadang kala membeli backlink untuk memaparkan page mereka di muka pertama carian google, youtube atau facebook.

Malah ada yang sanggup menggaji social media manager untuk menjalankan kerja-kerja ini bagi pihak mereka.

Kesimpulannya. Mereka tidak malas, malahan berusaha amat keras.

Tetapi, mereka tetap gagal mendapatkan hasil yang diharapkan.

KENAPA?

Technical buyer.

Sesetengah pembeli saya suka gelarkan sebagai technical buyer. Mereka sudah tahu apa yang mereka mahu sejak awal lagi. Tujuan mereka mencari barang di internet adalah hanya untuk mendapatkan pilihan terbaik.

Contohnya seorang yangingin membeli basikal, bukan sebarang basikal, tetapi basikal dari jenis gravel bike yang semasa artikel ini ditulis amat susah diperolehi di malaysia. Tiada definasi yang tepat untuk gravel bike, tapi buat menjadi contoh dalma artikel ini saya akan cuba gambarkan yang terbaik.

Dalam sukan berbasikal di malaysia ada dua jenis basikal yang popular, roadbike dan mountain bike (MTB). Kita boleh ketepikan seketika basikal lipat, basikal klasik dan velo bike. Kebanyakan pembeli di segmen ini ialah technical buyer.

Sebelum mencari basikal yang sesuai mereka telah ada keputusan, sama ada MTB ataupun roadbike, berapa gear yang diperlukan, dan apakah bahan yang digunakan sebagai bahan asas frame basikal tersebut.

Begitu juga gravel bike. Basikal yang kelihatan seakan roadbike, tetapi boleh dimuatkan dengan tayar yang lebar seakan mountain bike untuk kegunaan jalan lasak. Gravel bike juga biasanya dilengkapi disk brake dan boleh dilengkapi aksesori seolah touring bike. Basikal ini mempunyai ciri ketiga-tiga jenis basikal dalam kategori berbeza.

Technical buyer ini hanya akan mahukan gravel bike dan tidak akan berubah hati walaupun ditawarkan sebuah roadbike yang hebat, sebuah MTB yang lasak, atau sebuah touring bike dari jenama terkenal.

Kesimpulannya, jika anda ada menjual produk yang pembeli ini mahukan, anda boleh berurusan dengannya, jika tidak, tiada guna anda menerangkan produk anda dengan panjang lebarnya.

Emotional Buyer.

Emosi yang mempengaruhi pembeli. Membeli kerana emosi. Inilah kategori pembeli yang menjadi rebutan penjual online. Mereka mudah ditawarkan produk dan servis, malah sales yang terhasil biasanya atas asas win-win situation.

Contohnya, seorang yang membeli air fryer bukan kerana spesifikasi teknikalnya, tetapi kerana kemudahan yang diperoleh kerana masa yang dijimatkan, dan mudahnya menyediakan jajan untuk minum petang bersama suami tercinta.

Disini penjual tidak menumpukan kemampuan teknologi tersebut. Sebaliknya membawa imiginasi bakal pembeli ke satu situasi yang boleh berlaku sekiranya produk ini dimilikinya.

Teknik ini boleh dilihat digunakan dengan meluas dalam pasaran produk kosmetik dan kecantikan.

Itulah yang dikatakan Headline Padu. Sebaris ayat pembuka yang mampu menarik emosi pembaca untuk terus membaca dan memperolehi produk tersebut.

Bagaimana mereka hasilkan ayat pancing sebegini?

Belajar Contoh Menulis Headline Padu

Ada orang yang bakat ini datangnya semula jadi, mulut manis, ayat menarik. Sekiranya kita antara yang berbakat semulajadi seperti ini, bersyukurlah dan gunakan sebaiknya.

Namun, bagi peniaga biasa-biasa, bukannya mustahil untuk mendapatkan headline padu dan berbisa seperti mereka (selain daripada mengupah penulis copywritting). Kalau hendak memikirkan daripada kosong, memang ramai yang tidak mampu. Tapi kalau diberikan contoh, (bukan satu atau dua), kalau diberikan 105 contoh, pasti ada yang kita boleh TIRU dan ADAPTASI untuk kegunaan diri sendiri.

Hasilnya, kita juga boleh memiliki Headline padu yang dapat menarik minat bakal pembeli atau pembaca.

Contoh asas stuktur ayat untuk menarik pembaca.

DAPATKAN eBOOK 105 TEMPALATE HEADLINE PADU UNTUK MEASTIKAN ANDA TIDAK LAGI BUNTU MEMIKIRKAN AYAT HEADLINE PERNIAGAAN ANDA.

1 thought on “105 Template Headline PADU. Salin dan Pinda Ikut Keperluan.

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge