10 Disiplin Ketenteraan Yang Boleh Diamalkan Oleh Orang Awam.

Perkara pertama yang aku ingin nyatakan ialah aku bukan askar, special force, atau pernah berkhidmat kepada negara dalam bidang pertahanan. Paling kuat pun mungkin sebagai cyber troopers tidak berbayar dan tidak terlatih dalam menulis komen sebagai netizen yang mempertahankan Malaysia bila ada komen negatif tentang negara daripada anasir luar.

Berkawad adalah salah satu elemen penting dalam ketenteraan. pengalaman aku dalam kawad kaki hanyalah sekadar sebagai anggota pertubuhan pengakap. Itupun bukan Pengakap Diraja, hanya pemegang keris emas semasa sekolah rendah.

Askar, Pengakap, Keris.

Perkara yang paling unik kepada askar ialah displin dan taat perintah. Dua aspek ini tidak dapat ditandingi oleh apa juga kumpulan lain manusia. Malahan, askar dan displin adalah dua kombinasi yang betul dan terpakai untuk semua negara di seluruh dunia.

Bagaimana 10 disiplin ketenteraan dapat diterapkan kepada orang awam yang tidak pernah menjalani latihan ketenteraan?

SATU: Esok bermula pada hari ini.

Sabahan Nur

Dalam disiplin ketenteraan, perancangan adalah aspek yang penting. Gagal merancang beerti merancang kegagalan. Askar moden atau tentera di dalam sejarah, yang menonjol ialah taktik, muslihat, tipu helah dan perancangan di dalam peperangan. Maka buku Art of War menjadi begitu terkenal dan sering dikupas, malah turut diadaptasi dalam bidang lain seperti ekonomi.

Esok tidak permula dengan bangunnya kita daripada tidur pada keesokan hari. Hari esok bermula pada hari ini, selewat-lewatnya sebelum kita tidur pada malam ini. Tidur boleh dianggap sebagai satu reset button bagi seorang manusia yang telah mencapai tahap penggunaannya.

Kita telah penat. Kita perlu berehat. Tidut. Reset. Hari yang baru bemula.

Kerana itulah merancang sebelum tidur itu penting. Perancangan ini boleh dalam bentuk satu senarai perkara yang perlu dilakukan, di dalam buku 555 ataupun di dalam aplikasi telefon pintar. Senarai inilah perancangan kita yang akan membantu kita setelah reset berlaku semasa tidur.

Tanpa senarai ini, sesudah kita bangun dari tidur, kita tidak mempunyai tujuan yang jelas dan akan melakukan banyak perkara yang tidak penting dan tidak membantu memberi nilai tambah positif di dalam kehidupan kita.

Senarai ini hendaklah disiapkan sebelum tidur, bukan di pagi hari selepas bangun tidur. Antara kelebihannya, kita akan tidur dengan lebih tenang kerana kepala kita telah ‘dikosongkan’ sementara daripada perkara tertangguh yang masih melekat di minda. Malahan setengah pakar motivasi mencadangkan bukan setakat senarai sahaja yang perlu dibuat, malahan perkara yang boleh diselesaikan sebelum tidur haruslah diselesaikan sebelum tidur.

Contohnya, menggosok pakaian kerja, mengemas beg kerja atau beg sekolah, dan sebagainya. Ini dapat menjimatkan masa kita di pagi hari. Tapi, dalam artikel ini, kita mengabaikan aspek itu dan hanya memberi tumpuan kepada senarai tugasan esok yang di buat sebelum kita tidur.

Senarai perancangan aktiviti hari esok ini perlulah meliputi tugasan kerja dan tugasan peribadi. Sebolehnya senarai ini perlu ringkas dan mudah dilihat. Antara ciri senarai yang baik ialah:

  1. Mengandugi perincian kerja / tugas / matlamat yang jelas.
  2. Mempunyai keutamaan yang mana lebih penting daripada yang kurang penting.
  3. Dianggarkan boleh dilaksanakan dalam masa yang mencukupi dengan waktu yang kita ada pada keesokan hari.
  4. Realistik. Tidak terlampau banyak tugassan, tidak terlampau tinggi goal yang ditetapkan dan juga tidak terlalu rendah sehingga mengakibatkan banyak masa terluang.
  5. Aktiviti rehat dan santai juga perlu dimasukkan di dalam senarai.

Bagi yang memiliki diari harian, mungkin mereka sudah terbiasa menyenarikan tugas harian di dalam diari. Bagi mereka yang tiada buku harian, memadai dengan satu senarai ringkas yang dipanggil To Do List.

Jadikan senarai ini matlamat hari esok dan kayu ukur pencapaian semalam.

~ sekiranya anda mampu.

DUA: Bangun dan bermula.

Gentlemen, start your engine. Halangan terbesar pada manusia ialah bangun pagi. Sedang kita sedap berbaring, adalah amat sukar untuk memaksa diri bangun dan memulakan hari tersebut. Lazimnya manusia begitu.

Bangun…

Bagi orang yang berjaya, mereka biasanya bangun amat awal, sehingga ada yang bangun sekitar jam empat pagi. Rutin pagi mereka menjadi satu kegiatan mandatori yang amat dititik beratkan. Kelangsungan hari itu amat bergantung kepada kejayaan rutin pagi mereka dilaksanakan.

Ada yang bermula dengan rutin keagamaan seperti solat zikir dan membaca Al-Quran. Ada yang bermula dengan meditasi. Ada juga yang bermula dengan aktiviti senaman dan regangan yang pelbagai. Mungkin berjongging ataupun yoga.

Kesimpulannya mereka mempuanyai ritual pagi yang unik, berfaedah dan yang paling penting, mereka amat gembira melakukan aktiviti ini. Selagi mana kita bangun pagi dalam keadaan terpaksa selagi itu kita belum menguasai sepenuhnya hari tersebut.

Bagi menjayakan misi bangun pagi ini, ada beberapa petua yang boleh dilaksanakan.

Sentiasa masuk tidur dan bangun pada masa yang sama dan konsisten setiap hari. Tidur awal untuk bangun awal bukanlah fomurla aneh yang susah difahami. Hampir semua manusia faham kelebihannya. Cuma yang menjadi penghalang ialah kesediaan untuk masuk tidur awal.

Terdapat banyak tarikan yang menggalakkan kita untuk berjaga dan mengorbankan waktu tidur. Mungkin hiburan, mungkin menyelesaikan kerja tertangguh dan sebagainya. Kadang kala kita terlajak daripada masa untuk tidur.

Ada ramai yang memerlukan bantuan untuk bangun pagi, contohnya dengan menggunakan alarm di telefon pintar atau jam loceng. Masalahnya, fungsi alarm ini didatangkan bersama fungsi snooze yang menambahkan lajak untuk kita masih kekal lena.

Begitu juga jam loceng yang telah dimatikan tidak menjamin tuannya akan segera bangun. Antara petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan telefon pintar atau jam loceng itu jauh dari tempat kita tidur. Tidaklah terlampau jauh sehingga bunyi daripada alata ini gagal membangunkan kita.

Jarak yang sesuai ialah satu tempat di mana kita perlu bangun, berdiri dan berjalan untuk mematikannya. Perbuatan ini akan membantu badan kita bersedia untuk bergerak dan memulakan hari tersebut.

Bagaimana kita bangun di pagi hari menentukan bagaimana hari itu akan berlangsung. Oleh itu ada perkara yang perlu dielakkan ketika bangun pagi hari. Sebagai contohnya, perasaan malas, marah atau tertekan. Cubalah melatih diri untuk bangun pagi dengan perasaan syukur dan seronok, paling tidak kita telah dikurniakan peluang untuk hidup sehari lagi. Jadikannya lebih baik daripada semalam.

Everybody die. Waking up is not a small thing. It is the biggest gift for you on that day. You are given one thing that can’t be bought at all. TIME.

Selain untuk bangun daripada tidur alarm juga boleh digunakan untuk menjadi peringatan sekiranya kita yang lain dan khuatir akan terlajak. Contohnya apabila menonton TV, tetapkan had masa sebelum bermula, apabila alarm berbunyi, berhenti dan lakukan pula aktiviti lain.

TIGA: Kemas katil dan bilik tidur.

Photo by Vecislavas Popa from Pexels

Perkara ini paling kerap diabaikan oleh kebanyakan orang. Mengemas tempat tidur sebenarnya ialah matlamat pertama yang boleh dicapai pada hari tersebut. Paksa diri untuk menyiapkan katil, melipat selimut, menyusun bantal dan menegangkan cadar.

Sama seperti kehidupan di berek dan di asrama.

Selain katil, kawasan sekitarnya juga perlu bersih daripada sampah terutamanya pakaian kotor.

Berjaya menyiapkan tempat tidur akan memberikan kita keyakinan untuk mencapai matlamat-matlamat lain pada hari itu. Setidak-tidaknya, walaupun hari yang dilalui teruk, kita tetap boleh balik dan berbaring di katil yang kemas dan selesa.

EMPAT: Cold Shower.

Perkara ini mungkin tidak relevan kepada kita yang menghuni khatulistiwa. Mandi air sejuk di pagi hari adalah nikmat kepada kita, kebiasaan turun temurun. Bagi generasi yang bermandi di perigi, mandi air sejuk itu telah menjadi kemestian.

Malah ada yang mengganggapnya nikmat. Berbeza dengan negara yang beriklim sejuk, mandi air sejuk di pagi hari merupakan halangan yang besar, tetapi membawa kebaikan yang juga besar. Kesejukan air itu akan merangsang badan untuk ‘bangun’ dan berasa segar seterusnya bersedia sepanjang hari.

Photo by Caique Silva from Pexels

Intipati saranan ini sebenarnya ialah melakukan apa yang diluar kebiasaan, dianggap halangan dan memerlukan keazaman yang tinggi di pagi hari. Sekiranya anda pernah membaca buku eat the frog, perkara pertama yang perlu dilakukan pada hari ini ialah ‘makan’ katak paling besar, paling hijau dan paling hodoh yang perlu di’makan’ pada hari itu. Sekiranya berjaya, katak-katak lain hanya akan kelihatan seperti benda kecil yang boleh di’makan, begitu sahaja.

Tabiat memaksa diri melakukan sesuatu tanpa menghiraukan kita suka atau tidak melakukannya adalah sesuatu yang baik. Sebagaimana tentera, ada perkara yang dianggap remeh, dianggap rutin, dan dianggap tidak berat kepada orang awam, namun amat dititikberatkan dalam displin ketenteraan.

Kebolehan melakukan sesuatu bukan atas kehendak hati, tapi atas tuntutan tanggungjawab dan amanah, itulah sifat yang diterapkan disebalik memaksa badan untuk madi air sejuk di pagi hari.

LIMA: Larian pagi.

Tabiat ini biasanya kita boleh lihat di dalam filem hollywood. Larian pagi ini seolah mandatori dan sinonim dengan watak hero atau heroin yang cergas dan tangkas. Setelah bangun, mengemas tempat tidur dan mandi air sejuk, seterusnya ialah membuat larian pagi.

Dalam dunia realiti, berlari pagi adalah satu kemewahan. Mereka yang tidak terkejar – kejar untuk punch card bolehlah berlari pagi. Mereka yang bekerja sendiri, mampu berlari pagi. Mereka yang sudah kaya dan bersara mampu melakukan jogging di pagi hari.

Jadi, jika difikirkan kembali, kemampuan untuk berlari di pagi hari merupakan satu simbol kemewahan atau setidak – tidaknya simbol kebebasan. Larian itu menunjukkan pelari tidak dikejar waktu, mampu membuat pilihan sendiri dan mengutamakan kepuasan diri.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Berlari mengikut kemmapuan diri mampu memberikan kesan yang baik untuk badan. Kekuatan teras, stamina dan daya tahan jantung, itu tidak perlu diragukan lagi.

Selain kesihatan jasmani, larian pagi juga boleh memberikan ketenangan minda dan emosi. Seseorang mampu melupakan segala masalah buat seketika dan sekadar berlari dan bersatu dengan alam. Lebih-lebih lagi jika persekitaran yang hijau menjadi pilihan lokasi.

Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita dikekang oleh masa. Oleh kerana itu nikmat ini belum mampu kita kecapi. Walau bagaimanapun, terdapat juga aktiviti lain yang boleh digantikan untuk mendapatkan kesan yang sama. Kesesuai persekitaran, kemampuan diri dan jadual seharian boleh mempengaruhi kita dalam memilih aktiviti fizikal untuk dilaksanakan dipagi hari.

ENAM: Membaca jambatan ilmu.

Dalam lingkungan kenalan sosial aku, aku mendapati satu perkara ini benar. Mereka yang berhenti membaca akan berhenti berkembang dalam hidup. Sesibuk manapun seseorang membaca perlu dimasukkan ke dalam jadual rutin seharian.

Membaca akan merangsang minda. Kenyataan ini benar hanya jika bahan bacaan juga disaring. Tidak salah membaca ruangan gosip atau propaganda politik selagi ia bukanlah bacaan teras kita. Mereka yang membaca surat khabar setiap hari nampaknya sedar tentang kejadian sekeliling. Mereka yang membaca buku ilmiah pula nampaknya dapat memberi respons dan idea bernas tentang isu semasa.

Dalam satu perhimpunan pagi di sekolah aku dahulu, pernah seorang guru menyatakan bahawa membaca novel itu merugikan, kerana lebih banyak bacaan ilmiah lain yang boleh dihadamkan. Pada masa itu aku amat bersetuju dengan beliau, setidak – tidaknya dengan novel bahasa melayu.

Tetapi keadaan tidak seperti dahulu, kalau dahulu hanya novel yang dikaryakan oleh sastrawan ngera sahaja mempunyai kebenaran fakta, kita hampir kesemua novel bukan lahir dari perut imiginasi semata-mata. Novel dan cerpen sekrang amat rapat dengan paksi fakta ilmiah dan saintifik.

Penulis sekarang tidak sekadar menulis memejam mata. Kajian penulis lengkap dan mendalam. Barisan fakta sering diselitkan sebagai ayat yang mampu mendekatkan pembaca dengan dunia nyata. Sedangkan novel fiksyen sekalipun tetap berpegang kepada hukum fizik sejagat. Kalau dahulu digambarkan bahtera berpusing turun dari kayangan, kini siap dengan huraian yang memungkin situasi itu.

Pembacaan paling sempurna ialah dengan naskah ditangan, dalam ruang yang tenang dan suasana paling kondusif untuk kita menyerap isi kandungan buku tersebut. Seperti juga berlari tadi, situasi sebegini adalah kemewahan dan bukanlah mampu dikecapi semua orang.

Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

Apabila wujudnya permintaan akan wujudlah pembekalan. Oleh itu, bahan bacaan juga melalui transformasi dalam bentuk jatinya untuk memenuhi golongan yang tidak dapat kenikmatan ini. Bagi yang memandu berjam lamanya di jalan, wujud buku dalam bentuk audio yang dibacakan kepada mereka sambil rutin hariannya diteruskan.

Bagi yang punyai tempat dan sumber kewangan terhad, wujud pula buku maya yang berpatuttan harganya dan boleh dibaca menggunakan pelbagai peranti digital sebagai platform. Namun demikian, membaca menggunakna peranti digital kadangkala sering diganggu dengan tarikan ke media yang lain seperti media sosial dan paltform hiburan, meninggalkan bahan bacaan tadi separuh jalan.

Bijiklah memilih apa yang dibaca kerana bahan bacaaan itulah yang mempengaruhi kecenderungan minda dan sahsiah kita.

TUJUH: Makan untuk hidup vs hidup untuk makan.

Tentera terkenal dengan ilmu ikhtiar hidup yang tinggi. Dalam keadaan darurat, mereka mmpu mencari sumber air, sumber makanan dan mencari tempat perlindungan sewajarnya. Sifat ini boleh dibawa dalam kehidupan seharian yang aman.

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup. Kita, adalah apa yang kita makan. Tidak salah untuk menikmati makanan yang sedap, namun sesedap mana pun makannan itu, ia hendaklah dimakan dalam kuantiti yang berpatutan. Tiga pinggan bunkan kuantiti yang berpatutan.

Tabiat pemakanan kita mempengaruhi fizikal diri. Makan secara berlebihan mendatangkan banyak masalah kesihatan, terutamanya obesiti. Masalah ini kemudiannya berlarutan menjadi masalah emosi apabila diri sendiri mula berasa tidak selesa dengan badan yang dimiliki.

Perasaan malas, mengantuk dan tidak produktif juga sering dikaitkan dengan makanan.

Selain daripada jumlah, bahan yang dimakan juga perlu diambil tahu dari segi kebersihan dan kandungan khasiatnya. Makanan yang berlemak dan banyak mudarat hendaklah dijauhkan. Begitu juga dengan makanan yang terlampai manis atau terlampau masin. Kualiti makanan menentukan kualiti hidup.

LAPAN: Riadah Petang.

Aku baru mengetahui bahawa raidah petang ialah satu kemestian dalam tentera. Setidak-tidaknya kepada tentera yang mengesyorkan 10 displin ketenteraan yang boleh dipelajari oleh orang awam ini. Mereka mementingkan bentuk fizikal yang sempurna, jadi tidak hairanlah jika mengangkat besi di waktu petang menjadi kewajipan.

Bagi orang awam yang hanya ingin hidup biasa – biasa sahaja, mungkin aktivitinya boleh diadaptasi kepada aktiviti fizikal yang lebih ringan. Riadah santai yang dapat memberikan ruang untuk melepaskan tekanan bekerja seharian. Tidak kira apa bentuk aktiviti atau sukan yang dipilih, selagi ia mengeluarkan peluh dan mampu dilaksanakan, ianya sentiasa memberi kesan yang positif.

SEMBILAN: Minum Air.

Manusia bernafas menggunakan lubang hidung. Sekiranyanya sebelah tersumbat, sebelah lagi masih boleh berfungsi. Itulah kebiasaannya. Selain hidung manusia juga boleh bernafas menggunakan mulut. Sama ada secara sedar atau tidak. Mangyedut nafas atau menghembusnya, kedua-duanya boleh melalui mulut.

Manusia bernafas untuk mendapatkan oksigen. Namun bukan itu sahaja cara untuk mendapatkan oksigen. Selain emallaui pernafasan, oksigen juga dibekalkan kepada badan melalui air.

Salah satu displin di dalam tentera ialah memastikan badan sentiasa terhidrasi, ataupun mempunyai bekalan air yang mencukupi. Kekurangan air dalam bdan akan menyebabkan darah pekat, oksigen kurang dan dalam keadaan yang lebih teruk boleh menyebabkan pitam dan kematian.

Sentiasa minum air untuk memastikan badan terhidrat dalam keadaan sepatutnya. Minuman yang disyorkan ialah air kosong tanpa gula, gas atau kafein.

SEPULUH: Mencapai Matlamat Misi.

Anggaplah setiap hari kia mempunyai misi. Misi-misi tersebut boleh jadi sesuatu yang besar atau sesuatu yang kecil. Hidup untuk mencapai matlamat misi-misi tersebut.

Ada kalanya kita akan tersasar, berlengah atau terlupa kepada misi harian itu. Itulah lumrah manusia. Kita boleh mengadaptasi displin ketenteraan di sini dengan sentiasa menyemak dan menilai semula misi di pertengahan jalan.

Biasakan diri bertanya, “Adakah perkara yang aku buat pada saat ini dapat membantu aku mencapai matlamat aku pada hari ini?”. Soalan sebegini akan menyedarkan kita untuk kembali melakukan perkara yang penting dan menilai matlamat itu, sama ada masih boleh dilaksanakan atau perlu diubah.

10 displin ketenteraan yang boleh digunapakai oleh orang awam.

Tenteran ialah seorang yang berdisplin. Namun, bukan itu sahaja profesyen yang mengutamakan displin. Pelbagai bidang pekerja mempunyai displin yang tersendiri yang boleh diadaptasi dan diamalkan ke arak menjalani hidup yang lebih teratur dan bermatlamat.

1 thought on “10 Disiplin Ketenteraan Yang Boleh Diamalkan Oleh Orang Awam.

  1. Dulu, saya selalu kelam kelibut di waktu pagi. Serba tak kena sebab banyak hal kena buat dan uruskan, to do list tak dibuat sebelum tidur. Saya ubah, sebelum tidur saya dah rancang untuk esok hari dan cuba selesaikan urusan-urusan rumah yang boleh dibuat sebelum tidur. Hidup lebih tersusun sebab kita dah tidur dalam keadaan bersedia untuk dihidupkan kembali dengan izinNya. Perkara yang dah dirancang sebelum tu dah masuk subconciuos mind, jadi lebih smooth urusannya.
    Hawa Hassan telah menulis tentang 7 Langkah Mudah Untuk Kita Sayangi Diri Sendiri Setiap HariMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge